Bangsa Melayu atau Kaum Melayu?

Persoalan ini mula berada dibenak saya pada tahun 1976. Satu persoalan yang timbul kerana satu  soalan terbuka  didalam satu perjumpaan. Lokasinya Great Hall di Malaysia Hall London. Malaysia Hall yang asli di Bryanston Squqre tempat kemerdekaaa Malaya dibincang olih Tunku dan Tun Razak, bukan yang telah dipindahkan ketempat baru  olih anak Tun.

 

Majlisnya ialah perjumpaan dengan Menteri Pelajaran ketika itu, Mahathir Mohammad.Dari perjumpaan itu hanya satu yang saya ingat, iatu soalan olih seorang pelajar yang berbunyi

 

 ” saya telah dididik dari kecil bahwa saya ini berbangsa Melayu. Bagaimana pun dikebelakangan ini apabila dengar berita atau membaca akhbar, melayu itu dirujuk sebagai kaum. Apabila  saya mengisi apapa borang, tidak ada ruang untu bangsa tapi, hanya ada ruang kosong untuk kaum. Yang saya tahu kaum itu bagai,kan suku atau tribe. Bangsa melayu saya tahu adalah bangsa Nusantara, jawa itu melayu,moro itu melayu, pattani itu melayu, jawa itu melayu, minang acheh,  blabla…bolihkah YB Menteri jelaskan perubahan dan perancangan”

 

Seperti yang saya katakan, saya hanya ingat soalan. Saya tidak ingat jawapan MM. Jawapannya saya  andaikan tidak ada kesan atau impak, atau saya sengaja tak  mahu ambil pot.

2 Responses to Bangsa Melayu atau Kaum Melayu?

  1. Analah says:

    Saya telah petik kenyataan ini dari satu blog untuk dikongsi bersama. Memang ada beza antara kedua-duanya yang tidak boleh diremehkan. Kesannya amat ketara andai tidak ditangani secara lunak.
    Perlu disedari Tanah Melayu yang kini Malaysia adalah tanah asal bagi bangsa Melayu. Membezakan antara kaum dan bangsa adalah menjelaskan citra budaya bangsa.
    Citra budaya bangsa Melayu hanyalah di tanah tumpah darah Melayu yang kini digelar Malaysia. Citra budaya pendatang adalah di negara asal mereka.
    Sebab itu kita tak panggil bangsa cina atau bangsa india Malaysia. Mereka hanya bertaraf kaum di negara ini.
    Tetapi orang Melayu bertaraf bangsa di negaranya sendiri. Kerana citra budaya bangsa Melayu tidak ada di tempat lain kecuali di Tanah Melayu dan Nusantara.
    Seharusnya kita sebagai bangsa Melayu hendaklah berhati-hati menggunakan istilah-istilah ini kerana jangan kita sendiri yang memperlekehkan bangsa kita dan menurunkan tarafnya sama seperti kaum-kaum lain di negara ini.
    Sekian.

  2. inspigoblog says:

    melayu sekarang sudah jadi malay si dan a
    temasek sudah jadi singa pura pura
    burma dah jadi my an mar
    selon dah jadi seri langka

    jawa dah jadi indon
    aceh pun jadi indon
    habis semua di canai
    macam madras yang jadi cennai

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: