Agama diMEDIA dijadikan perusahaan atau diindustrikan

Catatan ; tulisan dibawah telah diolah dari komen saya didalam posting “forum perdana bagai AF ustaz dan ustazah”

Tulisan saya “Forum Perdana bagai Akademi Fantasia ustaz dan Ustazah” menarik ramai pandangan dari pembaca. Ramai yang mengatakan pandangan saya tidak adil dan memperlekehkan satu majlis ilmu. Biadab sekali  disamatarafkan dengan rancangan hiburan yang membazir.  Forum Perdana bawa pahala tapi AF merugi masa dan menarik dosa kata mereka.

Pokok didalam hujah saya ialah kaedah syrahan yang lapuk dan tidak berkesan dan paling berat sekali ialah penjualan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit.

Ada benarnya ada pahala dan ada faedahnya, tetapi kaedah atau pendekatan yang digunakan adalah terlalu lapok dan tidak berkesan. Syarahan agama saya dah dengar sejak saya kecil bermakna pendekatan bersyarah yang telah digunakan oleh media, jabatan agama dan orang islam sejak berpuluh puluh tahun.  Apa kesannya? ramai yang buta Quran kerana, mendengar sudah cukup kerana dapat pahala, bukan kebenaran yang dicari.

Tambahan pula ia memberi “false sense of religiousity” atau keilmuan palsu.

Ustaz-ustaz ini sewajibnya, bersyarah didalam satu topik sahaja, bacalah Quran wahai penonton sekelian. Bacalah quran, bacalah quran, mari belajar memahami quran bukanya nak jadi perantaraan penting diantara quran dan umat.

Kerana perantaraan inilah yang menjadikan umat bodoh.

Kadang-kadang terfikir bahwa islam seolaholah telah dikatolikkan. Ditambah pula ada ura ura nakdiadakan imam besar seperti  pope.  Mahu diadakan khalifah besar. Jika kita lihat di US, alustaz alustaz katolik dan protestan yang kaya raya dengan stesen TV tersendiri.

Topik asal ialah FP bagai AF ustaz dan ustazah. Didalam industri muzik dan hiburan ada bakat tv, battle of the band, juara lagu klasik, bintang popular dan Akademi Fantasia. Didalam industri agama pula ada Akademi nasyid, akademi alquran, dan itu dan ini dan forum perdana.

Ada persamaan? keduaduanya amat tidak berkesan dari segi mutu tetapi berkesan dari segi populariti .

Tonton Discovery channel, national geographic lagi berfaedah kerana mengagungkan kebesaran dan keagungan nya BUKAN dengar orang jual ubat.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: