Kisah 3 pendekar UMNO

Mat Elvis ketua cawangan UMNO. Dia kerani pejabat Majlis bandaran tapi gayanya waduh macam Elvis. Macam mana dia jadi Ketua cawangan, telah aku ketahui. Rupanya suku sakat nya semua dijadikan ahli. Adik beradiknya jadi ahli jawatan kuasa. Iparnya jadi Timbalan. Apabila surau kariah disiapkan, maka muncul lah mereka. Sebelum ini batang hidung tak pernah nampak. Jawatan Imam dan pengerusi surau hendak disapunya. Ke surau tak pernah. Ambil lah. Setelah siap surau aku pun serahkan lapuran dan ucap selamat tinggal dan GOOD lUCK!!

Jika Surau atau Mesjid dibina dan diuruskan tanpa berasaskan Taqwa, dan punca perbalahan, lebih baik baca Quran dirumah.

Bila ADUN dan AP dari BN tewas, Mat elvis makin meninggi jambul Elvis nya . Mungkin tak perlu nak menyorok kan nya lagi.

Pendekar yang kedua, namanya mat cendawan, terlalu tinggi idealisma nya tapi penakut, takut nak lawan, takut tunjuk pendirian. Olih kerana dia sahabat aku selalu bantu perbelanjaan Parti. Dia sayang jawatan kerajaan yang dipegangnya, jadi kesana tidak, kesini pun tidak.

Aku telah nyatakan padanya, masa depannya di UMNO tak cerah. Dia tidak mengugat, dia tidak meminta. Dia terlalu baik hingga MB sendiri lihatnya sebagai ahli biasa sahaja. Pengikut umbinya cukup ramai, tapi seperti aku katakan dia tidak mengugat dan juga tidak mencium tangan MB. Jadi, dia jadi irrelevant.

Aku syorkan dia, mengeluarkan usul cawangan supaya mencalunkan orang lain selain pak lah atau najib. Dicawangan nya sendiri pun dia tak berani. Kalau begitu aku syorkan dia masuk Keadilan supaya perjuangan nya diiktiraf. Tapi tak mungkin kerana dia ni main selamat sahaja, tak berani ambil risiko.

setakat ini, selain ku li, pendekar yang layak dipanggil pendekar ialah TS Mahyuddin(TSM). TSM memberi oksigen keatas ikan UMNO yang kekurangan oksigen. Hanya perubahan, dan tanda-tanda perubahan yang akan menyelamatkan umno. Dengan, tanda yang diberi olih Datuk najib, kepada bahagian-bahagian, diharap akan ramai lagi pendekar-pendekar di peringkat bahagian yang berani tunjuk silat, membuka gelanggang perubahan.

Orang macam Mat elvis wajib dijadikan mat pacak sahaja, bukan ketua cawangan. Mat cendawan pula, aku khuatir akan lunyai jadi sup cendawan sahaja. Ramai ahli umno yang dahagakan pimpinan pendekar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: