rumah bandaraya

aku budak KL
tinggal rumah pangsa
rumah bandaraya
setahun sekali
sebelum berhijrah raya ke desa
keluarga berkumpul
makan-makan buka puasa
rumah bandaraya
dua bilik satu ruang penuh kerusi penuh meja
cucu dan menantu telah berganda
manakan selesa
lutut dan pinggul berlaga

wahai pereka wahai akitek
benar ini rumah flet
buat janganlah sempit
dua bilik memang setemit

tapi apa kesan pada bangsa
tidak sesuai untuk keluarga
rumah sekangkang kera
diri kami punya harga
satu untuk ibu dan bapa
satu sang puteri satu orang muda

lebih baik aku melepak
duduk kat rumah telinga pekak
apa yang ku belajar
apa yang aku lihat?
nak baca buku kawan meluat

cubalah kau seminggu
fikiran kau pasti terganggu
bukan saja kutu fantasia
pasti kau jadi bohsia
salahkan aku jua?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: