Tunang dan Kahwin

Mereka dijangka melangsungkan pernikahan pada November ini. Pertunangan dan hantar tanda ikat janji telah dilaksana mengikut adat enam bulan lalu. Sibakal pengantin begitu teruja merancang majlis istimewa. Konsep dan tema telah mula dibincang. Namun yang dirancang tidak terlaksana. Hari ini kedua pihak bersetuju membatalkan pertunangan. Sebabnya tiada keserasian yang dirasakan.

Begitulah tujuan pertunangan, sebagai tempoh mencari kesesuaian dan keserasian.

Seharusnya sekiranya tidak terhasil yang dirancangkan, kedua pihak menerima dengan penuh kematangan. Jangan lupa tujuan pertunangan, mencari keserasian. Sekiranya tidak ada kesesuaian, jalan keluar mestilah mudah dan tiada beban.

Mustahil tiada beban emosi, namun harga jika diteruskan mungkin beban emosi dan jasmani , seumur hidup yang terlalu tinggi.

Seeloknya semasa majlis pertunangan, dibincangkan perkara perpisahan dan penamatan. Sekiranya tiada keserasian, salah satu pihak bolih menamatkan perjanjian tanpa syarat, tanpa beban asalkan tidak disalahgunakan tempoh pertunangan. Mengikut adat Melayu lama, resamnya ialah dibayar ganti dua kali ganda hadiah dan hantaran tanda. Pada saya, ia menyalahgunakan tujuan asal pertunangan.

Sekiranya setelah difahami tujuan pertunangan sekiranya siperempuan atau silelaki melampaui batas dan siperempuan merelai memang nahas yang dicari.

Kepada orang muda perlu diingatkan dan dijadiakan amalan bahwa bertunang bukan lesen untuk dihayun dan diperaga tunang anda. Malahan ibubapa perlu juga diingatkan supaya melayan tunang anak dengan cara tanpa restu. Perestuan dan penerimaan diberi hanya  setelah diijabkabulkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: