Republik PJ ? – aku orang PJ

Petaling Jaya kononnya, daerah paling maju dan sofistikated di Malaysia. Pendapatan isirumah juga mencatat yang tertinggi. Begitu juga dengan tahap intelek jika diukur dari sudut lulusan universiti. PALING memang cocok disinonimkan dengan PETALING.  Bandar atau daerah PALING JAYA.

Namun kesedaran politik dan peranan orang PJ dalam arus politik negeri atau pun negara amat menghampakan. Kesemua Menteri Besar Selangor datang dari luar PJ, walaupun mereka menetap di PJ selepas menjadi menteri atau sesudah terkenal.

Amat menghampakan bila Datuk bandar pun datangnya dari luar? Kuala Selangor? Bolihkan orang dari Barnstaple,Poole atau Winchester  dijadikan Datuk Bandar Nottingham atau Manachester atau London. Masalah dan kehendak orang PJ berbeza dengan cabaran orang Kajang, Serendah atau Kuala Selangor.

Salahkan siapa? itulah akibat sikap tidak apathi atau apathy orang PJ. Bila mula dibuka pada tahun 60an sebagai kawasan industri bebas cukai yang pertama, berduyun-duyun pendatang dari seluruh negara bermastautin. Namun, mereka tetap mengaku pendatang,penghijrah. Malahan selepas 30 tahun menetap di PJ masih mengaku orang Johor, orang ROMbau, orang PARIt, bla… bla… bla…. PJ diculik orang luar daerah atau anak negeri.

Nyatakan HAK! Ya aku pendatang, tapi aku sekarang orang PJ. Nyatakan pada anak-anak, kau, kau, kau budak PJ. Tentukan hala tuju nya.

Comments are closed.

%d bloggers like this: