Datuk,dato’, dato seri, latuk, tan sri, tiang seri

Di negara yang paling banyak sultan, tidak hairanlah hampir setiap bulan ada anugerah dan pengurnian gelaran. Sekiranya anda pembuat pingat, Malaysia paling sesuai ditempatkan perusahaan anda itu kerana pasaran yang terbesar.

Semasa Malaya baru Merdeka dan Malaysia masih egalitarian,  AMN, dan KMN penghormatan besar. Kini dapat Dato atau Tan Sri macam dah tak ada makna. Kerana terlalu ramai yang diberi gelaran Dato, dikatakan kalau dibaling batu dipasar pasti ada dato yang kena. Atau jika dijerit dato, ramai yang menolih dan menyahutnya.

Sepatutnya gelaran dan penghormatan, diberi kerana sumbangan kepada negara dan kepada masyarakat. Malangnya sekarang ada yang bergelar Tan Sri, tetapi tidak dapat dikait sumbangan dan jasa si pemikulnya. Jadilah bagai tiang seri, nama sahaja bergegar tetapi  tiada beban yang dibawanya. Biar jadi gelegar tanpa bergelar, tiada terdiri rumah tanpanya.

Pernah dibuat satu satira bagaimana gelaran dan anugerah dijaja sebagai punca pendapatan badut dan langau raja.

Semalam Malaysia melihat satu lagi majlis anugerah. Malangnya kita lihat muka yang sama. Sekiranaya anda ahli politik atau birokrat atasan bersedialah dengan anugerah dan anugerah tak henti henti. KSN dan Menteri  diberi anugerah setiap negeri, menunjukan betapa syok sendirinya birokrat, bangsawan dan yang bukan rakyat. Kita juga bolih lihat betapa tersisihnya mereka dengan rakyat. Sikap introvertif atau syok sendiri ditunjukan tanpa sedar dan segan. Ini yang dikatakan elitis menjahamkan.

Kontroversi anugerah dato kepada Sharukh Khan memang patut ditimbulkan. Kurangkah jurutera pembina negara yang telah berjasa? Tiadakah pengusaha rumah anak yatim yang patut diberi pengiktirafan? tiadakah siapa yang melihat betapa pentingnya majikan yang beribadat membuka peluang rezeki pada ramai keluarga?

Pasti ini kerana nilai yang telah digadai dan dijualbeli. Atau adakah ini nilai baru Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: