Pasar Geylang

Saya melawat Pasar Geylang. Ia terletak disatu bangunan sementara yang lebih elok dari pasar tetap dikebanyakan negara. Bangunan pasar baru sedang didalam pembinaan. Walaupun sementara ia teratur, bersih dan nyaman. Kayu ukur kemajuan dan ketamadunan sesebuah negara diukur dari keadaan pasar dan tandas. Jelaslah Singapura negara maju, atau negara dunia pertama.

Negeri Khir Toyo masih kuno. Diharap Khalid bolih menjadikan nya dari darul kotor kepada darul maju.

Teruja sungguh nafsu tekak, duja olih bau dan rupa makanan yang dijaja. Terdapat lebih seratus gerai jualan makanan menjadikannya pusat makan nusantara yang mula saya sukai kerana bersih dan kepelbagaianya.

Ini pasar Melayu. Tiada jual babi, kata pak supir, menyebabkan orang Melayu nostalgik dan masih tertumpu ke pasar geylang.

OrangMelayu pun ramai yang berniaga, melainkan gerai ikan. Yang lainnya dipenuhi peniaga dan peruncit Melayu.

Berikut adalah dialog yang saya dengar di pasar Geylang

” dulu saya bawak beca roda tiga, sekarang saya tolong tunggu teksi. Hari ini saya baru dapat 19 dollar. Orang lebih suka naik bas kerana setip kali tahan teksi, cas 3 dollar”

” dia potong bawang, setip hari 3 guni. dapatlah 20 dollar”

” bayar air letrik dan buang sampah, bulan lepas kena 200 dollar. pendapatan saya 600 dollar. kalau dapat 900 dollar jadi porter seperti ni lebih baik dari jadi cleaner”

” dulu tahun 60an makcik duduk belakang jamban, sekarang syukur leih baik”

” sini tak susah. sini selamat, tak macam JB. JB tak selamat”

” kalau masih dalam malaysia mesti tak macam ni”

Dipasar Geylang, saya makan ayam penyek, beli gandos, talam berlauk dan lopis pulut. Saya juga lihat kemiskinan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: