Asas niaga, hutang mesti dibayar dan dengan segera

Saya bermasaalah. Penyakit lambat bayar hutang memang berat dan meluas. Bukan syarikat kecil sahaja, malahan syarikat gergasi, yang jadi pelanggan kami melewatkan pembayaran. Kesannya, rantaian masalaah sehinggalah kepada peniaga kecial dan individu.

Namun ia perlu diatasi. Hari ini saya memanggil semua pengurus perniagaan. Perkara yang disampaikan berkisar diatas isu “berhutang hanya untuk berniaga, jika berhutang bayar dengan segera”

Diakui, pengalaman niaga masyarakat Melayu amat dangkal sekali. Masyarakat niaga Melayu tidak mempunyai sejarah niaga berterusan menjangkau ratusan tahun. Masyarakat Melayu berasaskan masyarakat tani. Kita tidak tahu berkira, kita anggap harta sekampong adalah hak bersama. Kita anuti budaya, berkira itu hina, berlebih kurang itu mulia.

Akibatnya, bila berhutang liat sekali hendak dibayar pokoknya. Walaupun perubahan telah mula berlaku, ada budaya yang kita warisi yang masih menebal tanpa kita sedari. Untuk membina masyarakat niaga yang kuat dan mampan, perkara pokok dan tabiat buruk ini mesti kita atasi.

Jika kita belum berubah hari ini masa sesuai untuk berubah. Berhutang hanya untuk berniaga dan ada jalan untuk membayarnya. Jangan kita tangguh dan mungkir janji. Itu rukun taqwa.

One Response to Asas niaga, hutang mesti dibayar dan dengan segera

  1. Unggal says:

    Well said brother…!!.. Surah At-Taubah V111. A stitch in time saves nine !!!..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: