lembu, sapi betina, baka’, banteng

Diantara lembu dan kambing, lembu memang jelas bodoh. Kambing dan bebiri punya kecerdikan yang tinggi. Bebiri pandai bermanja, tahu mencari makan pelbagai, tahu mengurat betina, tahu memilih makanan. Lembu hanya perlu makan, makan, makan, tidur , berkumuh. Disuruh mengawan pun sukar sekali.

Yang peliknya ramai manusia mendewakan lembu. Didalam surah bakarah arahan Allah yang mudah di putarbelitkan, dan disoal siasat sehingga sesuatu yang mudah jadi amat sukar. Begitulah yang dilakukan pengamal agama. Ibadah yang mudah dijadikan satu ritual yang sukar. Arahan haram kepada 4 perkara dijadikan haram kepada 40 atau 400 benda. Susah dan sukarlah hidup mereka.

Bukan sahaja mendewakan lembu, ramai yang ingin jadi lembu. Bila sindrom aiman tak kisah menular, jadi lembu lah maknusia.

Dizaman hamba abdi jadi amalan yang diterima, manusia dilembukan. Hinga Bob Marley mencipta satu lagu “buffalo Soldiers” atau laskar lembu. Ramai juga  majikan yang melembukan pekerja dan ahli politik yang cuba melembukan rakyat.

Ada juga Badan Kerajaan Malaysia, didalam kes ini MACC  yang telah digelar olih Lim Kit Siang, sebagai  Malaysian Authority For Cows and Cars, Suruhanjaya Lembu dan Kereta. Salahkah rakyat melekehkan suruhanjaya yang sepatutnya dihormati dan berwibawa? Apabila kepimpinan tidak bijak dan tidak telus dan faham nilai sejagat, didalam suasana kesejagatan kini, memang lembu lah jadinya.

Disatu ketika dulu, Parti Sosialis Rakyat Malaysia berlogokan sapi atau banteng, lembu jantan yang garang. Nampaknya mereka tidak mahu dilembukan lagi.

6 Responses to lembu, sapi betina, baka’, banteng

  1. AdukaGila says:

    Ya btul tuan… Saya pun x sanggup di’lembu’ atau di’kembiri’kan oleh org lain hehehe…

    Tp tuan, berbanding dgn haiwan peliharaan lain bukankah sapi betina itu membawa manfaat yg lebih kepada manusia?

    Sapi betina boleh melahirkan anak. Dari kepala smpilah ke ekornya boleh dimakan manusia. Kakinya, ekor dan tulangnya boleh dibuat sup, perut boleh dibuat satay dan hati dan paru boleh digoreng menjadi smbal? Tubuhnya yg besar membolehkan lebih byk manusia boleh menikmatinya berbanding kambing, walaupun kambing itu sedap…

    Sapi betina juga boleh digunakan utk membajak sawah… Mksudnya disini ia boleh digunakan dan memberi kebaikan kepada manusia…

    Sbb itu dlm Al-Quran Surah Al-Baqarah (yg bermaksud Sapi betina) disusun menjadi surah yg kedua. Sudah tentu ia surah kedua terpenting selepas Al-Fatihah. Tapi kenapa Allah x letakkan Sapi Jantan sbg nama surah ya? Tentu ada muslihatnya disini. Apa pendapat tuan?

  2. inspigoblog says:

    lembu punya susu sapi punya nama. susunan surah tidak ada kena mengena dengn pentingnya sesuatu surah, semua surah penting
    kedegilan manusia yang menyebabkan arahan Allah yang mudah jadi sukar. ditanya manusia jantinanya, warnanya, umurnya, bla,bla, bla….akhirnya mereka munkar juga, maka jadi lembulah mereka jantan dan betina.

  3. AdukaGila says:

    Ya btul tu tuan… Saya pun ada baca skit dlm surah Al-Baqarah tu ttg Nabi Musa, kaumnya dan sapi betina. Apa yg saya faham, pd waktu atas perintah Allah yg mnyuruh kaum Musa utk myembelih seekor sapi betina, mereka memohon kpd Musa utk diberi petunjuk bagaimana rupa dan ciri2 sapi betina yg terbaik yg Allah mahukan mereka cari.

    Dan ciri2nya adalah:-

    a) sapi betina yang tidak tua dan tidak muda
    b) sapi betina yang kuning, yang kuning tua warnanya, lagi menyenangkan orang-orang yang memandangnya
    c) sapi betina yang belum pernah dipakai untuk membajak tanah
    d) tidak pula untuk mengairi tanaman
    e) tidak bercacat
    f) tidak ada belangnya

    Tentu ada maksud tersirat disebalik cerita ni… Maksud saya pengajarannya ini boleh juga dikaitkan dan digunakan ciri2nya dgn kehidupan manusia sehari2.

    Mengenai susunan surah tu, pendapat tuan mmg btul setiap surah itu penting. Tp pd pendapat saya, susunan dlm Al-Quran mencerminkan kepentingan sesuatu surah. Sbb itu, klo nk diikutkan sepatutnya surah yg pertama diletakkan di dalam al-quran adalah surah Al-Alaq kerana itu adalah wahyu pertama yg Allah turunkan kepada Nabi Muhammad saw, diikuti dgn surah Al-Qalam, Al-Muzammil, Al-Mudatstir dan seterusnya surah Al-Fatihah (surah pertama turun dgn lengkap). Al-Fatihah inilah perkataan berat yg Allah nyatakan dalam surah Al-Muzammil (73:5)

    Oleh sbb itu Al-Fatihah letaknya sbg surah pertama kerana ia menceritakan keseluruhan matlamat dan perintah2 atau summary kepada penceritaan dlm Al-Quran. Sb itu ia dipanggil sbg ‘ummul Kitab’ atau juga intisari Al-Quran dan ia mnjadi surah wajib dibaca dlm setiap 17 rakaat sehari semalam.

    Klo semua surah sama pentingnya, sudah tentu Al-Fatihah ini tidak wajib dibaca dlm sembahyang kan tuan?

  4. inspigoblog says:

    aduka,
    penyusunan alquran seperti yang ada dibuat semasa zaman khalifah Uthman, kerana semasa pemerintahan nya terdapat pelbagai versi.Mengikut sejarah syiah, susunan versi Ali berbeza dari apa yang ada sekarang.wallahualam

    semua ayat dan surah penting bersesuaian dengan applikasi mengikut ketika namun ia tidak terikat pada masa (timeless). Kepada anak saya 8 tahun, surah alikhlas paling penting kerana soalannya kepada saya, Tuhan ada anak tak? lelaki ke perempuan?

    semasa solat mengikut Quran bacalah yang mudah dan tidak spesifik kepada alfatihah.

    sebagai Alhikmah dia panduan bagai kompas dan punya superguna kepda pelbagai peringkat manusia raja atau sipapa, bedoin atau eskimo. Yang penting baca dan dalamilah.

  5. AdukaGila says:

    Ya btul tuan, Al-Quran sebagai kompas dan Allah menyuruh kita mbaca dan mendalaminya seperti dalam ayat (17:14) dan (7:179)

    Al-Quran ibarat seperti teori. Ia mengandungi petunjuk, penjelasan-penjelasan kpd petunjuk itu dan pembeza (antara yg haq dan yg bathil) dan pelaksanaan matlamatnya harus bersandarkan kepada sunnah Rasul2Nya.

    Pada saya, mendalami Al-Quran perlu ada matlamat. Klo matlamat kita membacanya utk perniagaan, maka Al-Quran mnjadi perniagaan. Klo matlamatnya sejarah, maka Al-Quran menjadi ilmu sejarah. Tapi apa kehendak Allah kepada kita agaknya? Membacanya sahaja ataupun melaksanakan setiap perintah dari ayatNya?

    Sbb itu org kata,

    Ilmu tanpa Amal – Sia-sia
    Amal tanpa Ilmu – Sesat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: