Nasi Lemak Makcik Gemok – kemana pergi bantuan zakat? Mana BaitulMal?

Makcik gemok tidaklah segemok pelakon gemok siri drama Melayu yang memperagakan saiz badan sebagai lawak dan tarikan. Dia juga bukan setua yang melayakannya dipanggil makcik. Gelaran itu diberi olih kawan saya NZ. Nasi lemak MCG kegemarannya sejak 10 tahun lalu. Saya pun terikut menjadi peminat nasi lemak berlaukan sambal tumis pelbagai: udang, kerang, ikan bilis, petai, ayam, sadin.

Hari ini sekalilagi saya kunjungi gerai MCG setelah hampir 3 bulan tidak mengunjunginya.

Kenapa kali ini saya sesak hidung, sepet mata, berkerut dahi melihat betapa daifnya gerai MCG? Bengkel kereta berdekatan menderam bunyi enjin diuji dan sembuan jet air basuhan. Sesak nafas dibuatnya. Lendiran kotoran ditempat basuhan meloyakan. Begitu juga gerai gandingan MCG yanng menjual minuman. Dua anak muda India menjual teh tarik dan minuman lain. Makkal Sakti!!! Tiada perubahan , malahan semakin teruk dan kotor keadaan sekeliling.

Dan ini semua berlaku di Republik PJ, daerah paling moden di Malaya.

Disinilah para marhaen bersarapan pagi.

Terlintas dikepala saya, dengan modal kurang RM 1000, tempat ini bolih dijadikan tempat nyaman dan selesa dan digandingkan dengan nasilemak top ten didunia, sudah tentu kualiti hidup MCG dan peminat nasilemak beliau bertambah dan berganda.

Kenapa tiada seperti Dr Yunus Bangladesh yang menyediakan mikrokredit yang bolih membantu melonjakan peniaga atau  usahawan seperti MCG ini?

Kalaulah saya berkuasa mengendallikan Baitulmal sudah tentu, bantuan zakat saya salurkan kepada orang seperti MCG samaada dalam bentuk zakat atau pinjaman mikro tanpa faedah.Tiada bandingan strategi memberi joran dan kail kepada simiskin dan fakir tanpa mengira bangsa, ugama.

Begitu juga sekiranya ingin berzakat kenapa tidak terus kepada yang memerlukan? Kenapa tidak ya?

Kepada usahawan yang telah berjaya mungkin juga peniaga seperti MCG perlu diberi bimbingan. Satu ide yang perlu dilontar dan dipraktikan!!

6 Responses to Nasi Lemak Makcik Gemok – kemana pergi bantuan zakat? Mana BaitulMal?

  1. admin says:

    baitulmal perlu ada monetary analysis yang transparent beserta bukti bukti cash flows in and out dan di siarkan dalam MUKA DEPAN akhbar akhbar Nasional.

    cuba buat sekali nak tengok, laku kembali gamaknya Utusan Meloya..

  2. inspigoblog says:

    hari ini ada PIBG. Dalam ucapannya, Guru Besar sebut Berita Harian sebagai BERITA HAIRAN!!!

  3. admin says:

    agak agaknya GURU BESAR itu tak setuju dengan PPSMI… hehehehe…

  4. inspigoblog says:

    I was the guest speaker and I talked about the importance of English.He was alright. Overheard…depa ni NGO ke NGOk

  5. admin says:

    masing masing ada pendapat masing masing, nak kata NGOK pun tak boleh juga, as what John Dewey and Eisner said, society too has rights over education (including you and the GURU BESAR:yang ni saya tambah :)

    Society, curriculum, education and language interweave and it is very complicated. They react based on their worldviews.

    Saya tak nafikan English tu penting as bahan bacaan saya almost 80% English. Banyak material material penting( including on Islam and religion pun dalam Bahasa Inggeris)

    Kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku okay :)

  6. inspigoblog says:

    admin
    i have written something on the subject

    https://inspigoblog.wordpress.com/2009/03/09/wooiittttkali-ni-aku-tak-setuju-dengan-isham-rais-tukar-tiub-tentang-ppsmi-etems/

    benarkan kami saintis dan engineer perjuangkan Bahasa Melayu dan Bangsa Melayu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: