wooiitttt…..kali ni aku tak setuju dengan isham rais tukar tiub tentang PPSMI @ ETEMS

Eden pro PPSMI!!!

Kah, kah kah, kah…bang long,  anak-anak eden Adam, Safia, Aiman dan Nadia yang kononnya jadi mangsa PPMSI nak berdemonstrasi. Adam darjah 3, safia darjah 6, aiman Tingkatan 1 dan Nadia tingkatan 2.

Depa gila ke?  tanya mereka. Kami tak ada masalah dengan Bahasa Melayu dan kami tidak ada masalah dengan Bahasa Inggeris untuk Sains dan Matemetik.

Kenapakah  kami tidak ditanya? Yang menyibuk atuk-atuk janggut, entah ada anak  bersekolah lagi entah tidak.

Sayang semua, yang bermasaalah ni bukanya anak murid.  Yang bermasaalah ialah cikgu yang malas, yang jadi cikgu kerana nak balik cepat dan cuti panjang tapi gaji jalan.

Tuk tuk jangut ni pulak? tuk tuk janggut ni seniman, sayang.

Tok,tok janggut ni  belajar ke matematik dan sains?

Sudah tentu. Mereka belajar ilmu hisab, kaji hayat, aljabar.

Apa tu bah? Pergi rujuk wiki

Mereka masuk universiti belajar kesusasteraan, pengajian islam, sejarah. Mereka konon pandai berdebat dan cabar mencabar, aljabar entah kemana.  Tak jadi engineer dan saintis. Sekarang mereka dah pencen.  Mereka semua dah pencen, makan  duit pencen, suka  tiup seruling bambu macam cerita Pied Piper of Hamelin. Kesian tikus -tikus.

Apa tu pencen bah? alamak ni dah keluar topik! lain kali kita bincang tentang pencen, biar abah sambung tulis tentang PPSMI.

Tuk tuk jangut yang hantar memo ni, dah diberi peluang jadi Pejuang Bahasa jadi  Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan macam-macam. Kenapa DBP kat takuk tu je? nak jadi pencetak dan penerbit buku pun tak bolih bersaing ini kan pula nak jadi pejuang bangsa. Dulu masa MahaF…… buat perubahan tak ada seekor pun berdecit nak buat demo…. cit,cit, cit

Benarkan lah kami engineer dan saintis pula nak perjuangkan bangsa dan bahasa melayu.

Mana professor Kang kong, universiti sintok, ( meminjam istilah bro isham) yang dulu pejuang bahasa, pentolan DBP? . Sekarang ni siapa yang setuju dengan PPSMI  jadi professor kang kong  lahye. Prof kangkung ORI dah naik pangkat jadi prof lalang.

Bukannya tidak diusaha, tapi ahli bahasa yang tak terikut dan tak tersaing dengan ledakan ilmu. Eden dah jadi ahli Jawatankuasa Istilah DBP. Eden dah mengajar kat Universiti. Eden dah lihat anak-anak Melayu tidak bolih bersaing di Universiti kerana lemahnya Bahasa Inggeris mereka, walaupun kuliah dibuat dalam Bahasa Melayu.

Jangan risau, tuk,tuk janggut. Pembelajaran dan pengajaran Kesusasteraan Melayu akan tetap dibuat dalam Bahasa Melayu.

Eden engineer, bagi can lah kat eden menentukan Bahasa apa eden nak guna.

Didalam kejuruteraan Mekanikal, perkembangan bahasa tidaklah berlaku secepat istilah Teknologi maklumat dan elektronik. Tapi ia cukup nak peningkan kepala. Kadang-kadang macam baca buku lucah kalau baca alihbahasa Buku Panduan komputer. Itu pun  kalaulah ada buku panduan sedemekian dalam Bahasa Melayu.

Plug the joystick to the server. The server and the joystick have been programmed for Plug and Play (Rujuk *) . Cubalah alihkan bahasa.

Ini pula contoh dalam kejuruteraan mekanikal menerangkan mesen CNC.

The gear stick when in idling mode  will vibrate. Engage the gear to forward position. The Built in intelligent Control, plug and play  system will start the lateral and longitudinal movement in all axes.   Engage in the Reverse position, and the system will vibrate violently.

Batang giar bila dalam keadaan melahu akan bergetar. Masukan keposisi depan. Sistem pintar cocok dan main  akan memulakan pergerakan mendatar dan mengufuk, malahan bolih  bergerak dalam pelbagai paksi. Masuk ke posisi belakang, maka sistem akan bergetar dengan ganas.

Sabarlah. Bila engineer dan saintis  dah banyak duit mereka tak kan lupa tengok konsert M Nasir, dengar puisi, sayang papa rock, tonton Tiara, malahan nak lihat pied Piper dengan tikus tikus Hamaelin  didalam Bahasa Melayu di Amsterdam pun boleh. Boleh makan keju. kan, kan, kan…..makan singkong kat amsterdam pun boleh.

(Rujuk*) Ada satu tulisan menarik dari rakan blogger engineer http://lipassepi.blogspot.com/2009/02/sinatraz-why-i-support-learning-math.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: