Belajarlah Bahasa Inggeris, wahai harimau malaya

Survival didalam bahasa Melayu ialah kemandirian. Didalam kehidupan ia bermakna bolih bersaing, bolih menang, bolih senang, khususnya untuk anak-anak dan generasi masa depan. Ramai Melayu bila ditanya tentang masa depan anak-anak akan mengatakan harapan agar anak mereka bolih jadi orang.

“Jadi Oranag” satu ungkapan yang bermakna bolih hidup dan tidak membawa masaalah. Sekiranya manusia itu burung, jawapan itu tidak kena sekali. Sekiranya kita burungadakah kita mahu anak kita hidup sebagai pipit sahaja?.  Kita mesti berharap anak kita jadi helang, raja mergastua. Sekiranya kita harimau kita mahukan anak kita jadi raja dihutan bukan harimau di sarkis.

Untuk menentukan kemandirian, harimau menetapkan kawasan buruan, mengajar anak menajamkan gigi dan kuku, belajar berlari mengajar buruan dan seterusnya melompat mematahkan tengkuk sirusa atau babi hutan.

Amat gusar sekali melihat ketaksuban Melayu terhadap bahasa Melayu. Hujah mereka Bahasa Melayu telah memberi mereka peluang bersaing didalam arena politik dan ekonomi. Ada benarnya tapi gelanggang yang mereka maksudkan adalah gelanggang kampung yang mereka selesa. Oleh kerana kita tidak bolih bersaing didalam bolasepak , Melayu menetapkan permainan tradisi iaitu takraw.

Namun kita tahu takraw tidak ada nilai komersial dimata dunia. Pemain takraw miskin dan daif dibandingkan pemain bolasepak.

Begitu juga dengan bahasa. Oleh kerana keadaan ekonomi melayu lemah, perlulah dicari kelebihan dengan menguasai bahasa.

Saya beri bandingan Indonesia dan India. Keduaduanya punya masalah yang hampir serupa, dunia ketiga, kadar kemiskinan yang tinggi dan penduduk yang ramai. Kedua-duanya Merdeka didekad yang sama. Persamaan disetakat itu. Indonesia taksub dengan bahasa, India berdwi bahasa, malahan bolih dikatakan Inggeris bahasa perantara. Indonesia dan India mengeksport pekerja. Tetapi India mengeksportEngineer dan saintis, tetapi Indonesi mengekspot pembantu rumah dan pekerja buruh. India punya bom nuklar, indonesia punya bom belian.

Pekerja India bebas bekerja di mana pelosok dunia. Indonesia mengekspot kenegara Melayu dan negara islam sahaja.

Bahasa Jiwa bangsa. Betullah tu. Jiwa marhaen, jiwa papa kedana kerana ketaksuban membuta tuli.

Anak-anak anda dieksport jadi pembanatu rumah?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: