Kasihan UMNO yang ketinggalan, Media perdana yang tenggelam dalam liur Juak-juak UMNO

Kasihan sekali melihat UMNO. Ramai nya mereka yang ketinggalan didalam pengunaan Internet dalam urusan harian. Kepada yang masih termanggu-manggu dengan internet, cepat-cepat lah mendakapi nya. Ikut lah jejak OBAMA, DSAI, LKS.

Minggu lepas, saya ngobrol bersama  rakan Ketua Bahagian, dan seorang Timbalan. Kami berbincang tentang internet, facebook, blog, meritocracy, dan ketelusan. Mereka melihat semua ini dengan negatif.

Saya berkata kepada mereka ” saudara semua ketinggalan zaman”  kerana begitulah kesimpulan saya terhadap mereka. Perubahan atau transformasi yang dikatakan olih PM baru, amat sukar sekali untuk terlaksana kerana ketua ketua bahagian yang masih didalam kepompong, syok sendiri dan terlalau jauh sekali dari realiti masyarakat, khususnya masyarakat bandar.

Pandangan mereka terhadap internet masih negatif. Walhal mereka telah  tenggelam dalam liur dan dakwat pena juak-juak, pakar pusing, atau tabib putar alam ( spindoctors) dibawah nama jurnalisam /kewartawanan.

Dengan pertukaran nakhoda dan juragan, sijuak-juak  ini sibuk menulis nak dapat perhatian. Kita tahu kebolihan mereka hanya  jadi pengedar junkie, seperti mastika, makan gaji  tanpa hasilan kreatif yang dibanggakan dan orang suruhan  akhbar putar alam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: