Negara utopia saya – Hak Rakyat perolehi ilmu

Pernah disuatu ketika, seorang rakan mengajak saya memulakan perniagaan menubuhkan institusi pendidikan. Dengan nama yang keinggerisan, dan model niaga yang menarik ia satu cadangan yang “bankable” yang bermaksud bisa dibiaya bank. Namun saya menolak kerana berlawan dengan prinsip saya.

Prinsip saya amat mudah. Tanggugjawab kerajaan sesebuah negara adalah menentukan ilmu mudah diperolehi rakyat. Ilmu hak asasi manusia. Ilmu tidak boleh dijual, kerana tiada siapa yang punya hak mutlak atau monopoli terhadap ilmu.

Berbeza dengak hak intelek, iaitu hasil kreatif berasaskan ilmu. Ilmu adalah hak Ilahi, segala prinsip fizik dan sains di sekeliling adalah sunatullah,  dan adalah fardu meyebarkan ilmu. Hasil dari ilmu, manusia berkarya, mencipta, mereka, dan hasilnya harta intelek jadi hak milik masing-masing.

Ilmu jika tidak dibebaskan perolehannya akan mengakibatkan penindasan berterusan. Disebaliknya, ilmu sahajalah yang membolehkan mobiliti sosial paling berkesan, meritokrasi sebenar diamalkan, dan hasilnya manfaat takterhingga kepada masyarakat dan negara.

Adalah berlawan dengan prinsip saya keadaan dimana pendikan dijadikan suatu perniagaan.

Lihatlah contoh negara Germany dimana pendidikan sehingga peringkat Universiti adalah percuma. Hasilnya, negara Jerman, suatau negara yang kaya dengan harta intelek dan karya -karya agung  dan jenama terunggul didunia.

Lihatlah sahaja negara Great Britain, yang mengubah polisi pendidikan percuma kepada pendidikan sebagai perniagaan. Perubahan ini dilakukanpada tahun 1977. Great Britain terus ketinggalan jauh dari segi ekonomi, kejuruteraan dan harta intelek. Kesemua kemegahan British, Mini, Harrier, komputer, enjin jet dicipta sebelum 70an.

Malang sekali Malaysia mengikut jejak langkah yang mengejar kekayan cepat olih sesetengah individu dan institusi. Tunggu sahaja akibatnya dari sudut sosial,daya saing  dan ekonomi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: