Siapa itu Ulama? Bahagian Pertama

Mengikut Kamus Dewan edisi ke 4 ulama ialah orang yg ahli (pakar) dlm pengetahuan agama Islam.

Alim pula di ertikan sebagai mempunyai pengetahuan yg men­dalam tentang agama Islam di samping me­miliki sifat warak, zuhud, dan takwa:

Kedua  perkataan ini sering digandingkan menjadi alim Ulama yang membawa makna  pakar-pakar agama Islam. Alim ulama adalah perkataan Arab yang telah di jawikan, dikhatan. Amat sesuai sekali khatan digunakan membawa  konteks kasi, castrated,  dimandulkan, dieunuch, kerana dengan memberi makna seperti tertera DEwan Bahasa dan Pustaka  telah memandulkan Bahasa Melayu khususnya apabila orang Melayu cuba mengkaji AlQuran.

Didalam Bahasa Arab, kata pokok kedua-dua adalam ILM, iaitu pengetahuan, ilmu atau knowledge didalam bahasa Inggeris.  Orang yang berpengetahuan dan pakar ialah ALIM, dan sekiranya ia melebihi seorang ULAMA digunakan. Didalam kata asasanya tiada dibezakan antara pengetahuan agama dan pengetahuan duniawi lain.

Malangnya didalam Bahasa Melayu alim dan ulama membawa dua makana yang berbeza dan dihadkan kepada ilmu agama, malahan dikecutkan lagi kepada agama islam. Dari satu perspektif, ia di brahminkan, dijadikan perkataan yang elitis dan eksklusif.

Begitu juga dengan perkataan USTAZ,  guru yang dibrahminkan khusus untuk pengajar agama islam.

Saya punya pegangan yang ILMU itu tidak mengenal agama, tiada perbezaan diantara ilmu agama dan ilmu sekular. Kesemua ilmu datangnya dari ALLAH.

Apa pula yang terkandung didalam AlQuran berhubung dengan alim dan ulama? tunggu Bahagian Kedua dibawah tajuk yang sama.

One Response to Siapa itu Ulama? Bahagian Pertama

  1. AdukaGila says:

    “Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum. Dan jika mereka berkata kamu mendengarkan perkataan mereka. Mereka adalah seakan-akan kayu yang tersandar. Mereka mengira bahwa tiap-tiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka. Mereka itulah musuh (yang sebenarnya) maka waspadalah terhadap mereka; semoga Allah membinasakan mereka. Bagaimanakah mereka sampai dipalingkan (dari kebenaran)?” (63:4)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: