Siapa it Ulama? Bahagian Kedua : ulama atau Habar?

Menarik sekali didalam bahasa Greek, istilah  pengetahuan atau ilmu  ialah SCIENCE. Secara umumnya sains adalah ilmu yang diperolehi dengan kaedah yang berdisiplin, bersistem, tertib dan berurutan. Sekiranya ulama itu adalah istilah Greek, hanya mereka yang memperolehi ilmu dengan saintifik layak bergelar ulama. Termasuklah mereka yang memperolehi ilmu agama, kerana saya berpendapat mengkaji AlQuran dan Kitab-Kitab Allah perlu pendekatan logik, tertib, berdisiplin, atau dilain kata pendekatan saintifik.

Saya lanjutkan hujah saya dengan mengatakan bahwa sebenarnya ulama yang dimaksudkan Allah didalam AlQuran merangkumi semua cabang ilmu, tidak terhad kepada ilmu agama.

Saya berpegang kuat kepada kepercayaan bahawa segala prinsip  ilmu  adalah sunatullah yang datangnya dari Allah. Saya juga berpegang kepada prinsip segala yang baik, dan ilmu itu semuanya baik, adalah datangnya dari Allah dan segala yang jahat itu datangnya dari manusia.

Ayat 27  dan 28 Surah Fatir (35),  perkatan Ulama seolah olah didifinasikan

Tidakkah engkau lihat bahwa Allah  menurunkan hujan dari langit lalu kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan berlainan jenis dan rupanya, dan diantara gunung ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong putih dan merah  yang berlainan warnanya ada yang    hitam  legam dan demikian pula diantara manusia dan binatang yang melata serta binatang ternak ad yang berlainan jenis dan warnanya,

Sebenarnya yang bimbang dan yang mengabdikan dirinnya kepada Allah adalah orang yang berilmu (ULAMA), sesungguhnya Allah maha kuasa lagi amat pengampun.

Di permulaan ayat Tidakkah kau melihat mencabar dan mengajak manusia mengkaji, menyelidik dan mencari ilmu didalam pelbagai cabang.  Diberi pula contoh, dari kajicuaca, fiziks, biologi, geologi, zoology, dan sebagainya. Mereka yang mengkaji ilmu-ilmu Allah ini diberi gelaran yang Berilmu, ULAMA.

Ayat yang berikutnya disebut pula cabang ilmu dari Kitab Allah.

Dengan ilmu yang diperolehi, menimbulkan ketaqwaan kepada Allah, maka layaklah seseorang itu dipanggil ULAMA.  Persoalannya adakah layak mereka yang hanya mendalami hanya  kitab Allah   dipanggil Ulama?

Didalam Alquran pendita agama atau agamawan disebut HABAR.

Siapa itu Habar? tunggu di tulisan yang akan datang. Adakah ini bermakna ahli agama yang tidak berpengetahuan sains  dan tidak saintifik tidak layak digelar ulama? Mereka hanya alhabar?


One Response to Siapa it Ulama? Bahagian Kedua : ulama atau Habar?

  1. […] surah alFitr (ayat 26 dan 27)  ulama dengan jelas ditakrifkan. Ulama adalah pengkaji sunatullah dengan kaedah saintifik. […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: