Hukum Sebat Minum Bir di Cherating

Sihakim menjatuhkan hukum sebat enam kali kepada ibu tunggal kerana minum bir di Cherating. Sihakim melakukannya atas nama Islam dan atas nama Syariah. Usah dilihat dari kaca mata Kristian atau Yahudi atau bukan Islam.  Walau  dilihat dari pandangan Islam yang tidak membuta tuli, hukuman tersebut adalah tidak wajar dan tidak bijaksana.

Tiada disebut didalam Quran hukuman untuk yang minum Khamar. Dikatakan didalam Quran bahawa memang ada kebaikan minum khamar, namun keburukan arak/khamar adalah lebih banyak daripada kebaikannya ( surah albaqarah ayat 22x). Olih itu Jauhilah! satu  panduan  yang penuh berhikmah.

Kepada mereka yang mabuk dan memudaratkan orang lain, jika dihukum sebat pandangan masyarakat akan berbeza. Kali ini gunakanlah nama Islam kerana umum tahu memandu sedang mabuk tidak bertanggungjawab dan berbahaya.

Jika tujuan hukuman ebat  pula adalah  untuk memalukan dan sebagai tauladan kezaliman telah dilakukan. Dimanaletaknya “human dignity” atau hormat harga diri dalam Islam.

Malangnya ia dilakukan dibawah nama Islam.

Walau pun ada kritikan keatas “pesalah” kerana rela dengan hukuman sebat, sebenarnya ia satu tamparan hebat kepada Majlis Islam Pahang yang sekarang terpaksa melaksanakan hukuman tersebut. Kita lihat dan tunggu. Mungkin ada bagusnya dibuat dikhalayak ramai selepas Jumaat?

Begitulah jadinya kalau agamawan lebih taksub kepada hadis, daripada Quran yang berhikmah.

Kebijaksanaan dicampak bagaikan orang mabuk.

3 Responses to Hukum Sebat Minum Bir di Cherating

  1. nik says:

    Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Ali bin Abi Thalib r.a.

    ” Rasulullah SAW telah menyebat orang yang minum arak sebanyak empat Puluh kali sebat, dan Saidina Abu Bakar telah menyebat sebanyak Empat Puluh kali sebat, dan Saidina Umar menyebat sebanyak Lapan Puluh kali sebat, semuanya adalah sunnah Rasulullah SAW dan ini lebih aku sukai” Riwayat Imam Muslim r.a.

    Tetapi pada zaman Khalifah Umar al-Khatab, beliau telah meminta nasihat dan pandanagn para sahabat tentang bilangan hukuman ini lalu Abdul Rahman bin Auf berkata ; ” seringan-ringan hukuman adalah 80 kali sebat”. Maka Khalifah Umar pun mengarahkan perlaksanaan hukuman sebat terhadap peminum arak ini adalah 80 kali sebat.

    Dengan hujah dan perbuatan Khalifah Umar diatas yang telah disepakati dan dipersetujui oleh para sahabat yang lain semasa era pemerintahany maka ia dinamakan sebagai Ijma’ Sahabi, dan Ijma’ Sahabi ini merupakan salah satu dari sumber-sumber hukum Syara’ yang menjadi pegangan mazhab-mazhab.

    Dalam kes penentuan kadar bilangan sebatan yang wajib dikenakan terhadap kes ini menurut Imam Syafie dan Imam Ahmad bin Hambal sebanyak 40 kali sebatan adalah merujuk kepada Dalil Fi’li yang telah dilakukan oleh Nabi SAW seperti maksud hadis yang dinyatakan diatas.

  2. pemudapandan says:

    Walaupun wanita itu bersalah, terdapat beberapa persoalan yang timbul.

    Bukan wanita itu sahaja yang bersalah, namun kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan sepatutnya turut dipersalahkan.

    Demi Islam, kerajaan sepatutnya mempunyai usaha untuk menghalang penjualan arak secara berleluasa dan membendung orang Islam dari mempunyai peluang mendapat arak.

    Kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan nampaknya tidak mempunyai sebarang usaha awal untuk membendung gejala arak ini sebaliknya terus memberi sokongan kepada kilang-kilang arak, penjualan arak secara bebas dan tiada pengawalan pengambilan arak untuk orang Islam.

    Undang-undang Islam harus diterapkan terlebih dahulu dalam undang-undang kerajaan secara keseluruhan dan bukan secara selektif. Mana nak bole buat, mana tak nak boleh tinggal.

    Malah kerajaan pimpinan BN dan UMNO turut mengecam usaha pengawalan arak oleh kerajaan Negeri Selangor sedangkan itulah usaha yang sepatutnya dijalankan oleh mereka sebelum rakyat terkesan akibat polisi kerajaan.

    Banyak perkara perlu difikirkan dan diperbetulkan di sini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: