Sebat minum bir – Hudud Lo’ Lo’, Hudud Pas atau Hudud UMNO, atau Hududulaah

Dinyatakan dengan jelas didalam Quran, minum arak itu banyak keburukan dari kebaikan. Arak adalah musibah berbahaya jika tidak dikawal. Namun didalam pentadbiran undang undang, jelas kekalutan pemuka-pemuka dan agamawan.  Kes hukuman sebat untuk kesalahan minum bir kepada seorang wanita, meletakan kesalahan tersebut didalam bakul yang sama dengan peliwat, perogol, pembekal dadah.

Sudah tentu itu hukuman tidak adil. Malangnya ia dibuat atas nama Islam, atas nama Allah.

Di Harakah daily dan juga di STAR dr Lo’ Lo’ telah dilapurkan membuat kenyataan meluahkan kekaguman diatas keberanian hakim menjatuhkan hukuman mengikut atau menghampiri  hukuman Allah.

Satu pusingan U dari kekejutan awal yang dinyatakan olih Yang Berhormat.

Persoalannya, undang-undang siapa yang diikuti. Adalah satu fitnah jika dikatakan hukuman sebat untuk minum arak adalah hukum Allah.

Amat jelas dialam Quran, apa yang dikatakan Hududullah tidak disebut tentang minum arak. Yang terdapat adalah hududullah atau had yang dibenarkan Allah untuk  mentadbir ummah didalam perniagaan, perceraian, pembahagian harta dan juga kesalahan besar kriminal.

Nyatakan sahajalah bahwa  undang -undang Syariah itu undang-undang buatan manusia, hukuman yang dikehendaki PAS, atau UMNO  bukannya hukum Allah. Janganlah difitnahkan Allah. Inilah jadinya kalau taksub kepada Alhabar yang mengaku Ulama dan ahlulpolitik hingga hilang talian Allah dan sanggup difitnahi hukum Allah,

13 Responses to Sebat minum bir – Hudud Lo’ Lo’, Hudud Pas atau Hudud UMNO, atau Hududulaah

  1. inspigoblog says:

    Comment by Aduka

    Al-Quran adalah rujukan utama manakala hadis/sunnah rasul pula sunnah yg kedua. Sepatutnya Hadis itu menerangkan kitab Allah. Malang sekali sekarang sudah terbalik. Masalah yg berlaku seperti diatas adalah disebabkan mereka mengamalkan Islam secara bersangka2 atau mengikut org kebanyakan termasuk dari ajaran yg mereka dapat dr nenek moyang. Natijahnya sangat buruk sekali – boleh TERSESAT. Sesat secara tidak sengaja. Rujuk 2:170 dan 6:116.

    Banyak kalangan kita yg malas membaca kitab. Banyak juga yg menganggap Al-Quran itu tidak lain hanya dongengan belaka. Ada juga yg mengandaikan Al-Quran itu ulama2 sahaja yg layak merujuknya. Mereka mengatakan Al-Quran bukanlah penting sgt jikalau dibandingkan dgn kerja seharian mereka. Tgk wayang atau shopping di One Utama lebih menguntungkan dari membaca kitab Allah. Sayang sekali kalangan mereka yg mbuat anggapan seperti itulah sahabat2, ibubapa, isteri, saudara mara bahkan juga anak2 kita. Janganlah pada pandangan Allah kita menjadi spt binatang ternak (7:179) kerana malas mengambil pelajaran dari Al-Quran.

    Org2 yg rapat dikalangan kita (yg mengetahui Al-Quran) inilah yg harus diselamatkan dulu seperti dlm firman Allah dalam ayat 66:6. Transformasi harus bermula dari dalam diri dan keluarga sendiri sebelum masyarakat Islam ini dapat diperbetulkan. Islam hanya boleh berkembang melalui pendidikan, caranya seperti yg ditunjukkan oleh sunnah Rasulullah dan rasul2 sebelumnya.

    Matlamat PAS utk mendirikan kerajaan Islam bukannya tidak betul. Itu adalah syariat Allah kerana Islam adalah agama yg Allah harus dimenangkan atas segala agama (9:33). Akan tetapi cara mereka tidak mengikut Sunnah Rasul, Islam tidak boleh menang melalui pilihanraya atau melalui proses demokrasi ciptaan manusia. Oleh itu Allah ajarkan cara yg Haq didalam Al-Quran, antaranya melalui kisah2 Rasul. Inilah cerita yg Allah katakan mempunyai pelajaran bg mereka yg mpunyai akal. Sbb itu Al-Quran dan Sunnah kedua-duanya wajib diambil, seperti yg Allah katakan dalam 4:59.

    Mudah-mudahan Allah sentiasa memberi hidayah…

  2. inspigoblog says:

    saya tidak bermasallah jika hukuman sebat yang dijatuhkan itu dikatakan hukum ikut undang-undang sultan pahang atau hukum tok batin. jangan katakan ia hukum Allah.

  3. sandiwara says:

    Ada bezanya antara hukum (peraturan) dan hukuman (penalti kerana melanggar peraturan). Namun, bila bercakap tentang “hukum hudud” persepsi orang adalah lebih terhadap “hukuman (kerana perlanggaran peraturan) hudud” dari “hukum (atau peraturan) hudud” itu sendiri.

    Sudah tentu “hudud” adalah “had” atau “sempadan” yang memisahkan antara apa yang dibolehkan (atau dibenarkan) dan apa yang tidak dibolehkan (atau tidak dibenarkan) dalam satu-satu jenis perhubungan antara dua pihak manusia. Ia bertujuan untuk memastikan perhubungan “win-win” yang memenfaatkan kedua belah pihak, bukan “win-lose” di mana ada pihak yang menzalimi dan ada pihak yang teraniaya.

    Minum arak adalah kezaliman ke atas diri sendiri. Tidak nampak di mana relevannya sama ada “hukum hudud” maupun “hukuman hukum” ke atas seorang peminum arak asal saja dia tidak mengganggu orang lain.

    Namun perlu ada “hukum hudud” dan “hukuman hudud” ke atas pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk, atau peminum arak yang mendatangkan kecederaan kepada orang lain (seperti pukul orang, pukul isteri, pukul anak atau pukul ibu-bapa) kerana pengaruh dan dorongan pengambilan alkohol.

    Sesungguhnya keperluan kepada peraturan hudud dalam konteks perhubungan sesama manusia itu tiada siapa yang boleh tolak. Pun perlu wujud peraturan hudud buat mencegah berlakunya perlanggaran “hak asasi manusia” dan “privacy” seseorang.

    Persoalan sebenarnya adalah “hukuman” bagi perlanggaran “hukum” hudud, apatah lagi apabila ia dikaitkan dengan agama.

    Maka janganlah umat Islam sendiri mendatangkan fitnah terhadap Islam, Al-Quran, Allah dan Rasul dari keghairahan mahu melaksanakan perintah dan larangan Allah dan Rasul.

  4. AdukaGila says:

    Didalam AQ dan Sunnah tiada menjelaskan hukuman yg spesifik perlu dilaksanakan keatas org yg meminum arak, kerana perbuatan minum arak ini adalah perbuatan merosakkan diri sendiri dan tiada kaitan dgn org lain.

    Oleh itu hukum hudud ini tidak boleh dijalankan bg kes ini kerana hukum ini diguna pakai bagi menjamin kesejahteraan seluruh ummah bukan individu. Tetapi sekiranya perbuatan meminum arak ini membahayakan keselamatan org lain, maka hukuman juga harus diperbuat tetapi bgaimana bentuk hukuman ini terletak atas budi bicara khalifah yg memerintah.

    Inilah akibatnya apabila buta kitab. Manusia apabila buta atau x ikut kitab maka mereka akan cenderung mengikut hawa nafsu. Agama ini menjadi ikut2an dan bersangka2 dlm agama, bukan spt yg Allah wahyukan dlm kitab. Firman Allah,

    “Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)” (6:116)

    Apabila bersangka2 sebegini, perkara yg tiada didalam kitab mereka ada2kan (bidaah), kononnya perkara tersebut adalah syariat drpd Allah. Inilah golongan yg Allah katakan berdusta terhadapNya…

    Moga2 kita dihindari dari godaan syaitan yg menyesatkan…

  5. alim says:

    Ni apa korang semua ngarut nih! Pasal apa nak samakan sebat ke atas minum arak ngan sebat ke atas peliwat/penzina? Mereka yg minum arak tu disebat berapa kali? Yg zina tu disebat berapa kali? Itu yg belum kahwin. Kalau dah kahwin, dirajam sampai mati. Perogol x yah cerita la, confirm mati terus!

    Yang korang kata dalam Quran tu tak ada tulis pasal sebat tu, tak apa lah. Tapi tak boleh la kata bukan hukum Allah. Sebab hadith dan sunnah Rasul pun nak kena tgk jugak. Islam ni tak seiring tanpa Quran, hadith dan sunnah. Apa, hang ni anti hadith/sunnah ka?

    Ni nak kata minum arak adalah perkara individu ni fatwa sapa? Lepas minum arak kat rumah ka, pub ka…pegi keluar bawak keta, pi langgar orang. Tak da kena mengena ka dengan orang lain. Islam ni bila dia prevent something, dia start from the source of the problem. Dah terkena, takleh buat hapalah.

    Lain kali nak post issue or comment, blajaq habih2. Paling x pun, think first b4 writing.

  6. inspigoblog says:

    Buatlah, panggil semua suku sakat. Ikat sipesalah ditiang dan sebatlah seberapa banyak. Kalau mahu dikhalayak ramai pun buatlah. Tiada siapa yang akan melarang kerana itu undang undang sukukaum sdr.

    Tapi dalam kes ini ia dibuat atas nama Islam atas nama syariah yang kononnya kehendak Allah. Hudud konon.Hududallah adalah jelas, jangan melebihi had Allah.

  7. usen says:

    Kita mesti berpegang teguh dgn quran dan hadis.. x blh hanya tgk alquran shj tanpa rujuk pada hadis.. rujukan ahli sunnah wal jamaah adalah seperti berikut mengikut priority
    1. Alquran
    2. Sunnah/Hadis Rasulullah
    3. qias
    4. Ijma ulamak
    أَنَّ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَلَدَ فِي الْخَمْرِ بِالْجَرِيدِ وَالنِّعَالِ
    جَلَدَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرْبَعِينَ

    hadis riwayat muslim

    maksudnya, Sesungguhnya Nabi telah sebat dengan sebab arak menggunakan pelepah khurma dan selipar
    Nabi telah sebat 40 sebatan

    pesalah pun dah redha untuk dihukum, kenapa kita duk melalak nak kata mcm2 diluar ilmu yg kita ada?

  8. Zahir says:

    Saya bersetuju dengan usen. berkenaan hadis tersebut ini perinciannya.. Dari kitab Sunan ibnu Majah:

    Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Sesugguhnya seorang lelaki yang meminum arak telah dihadapkan kepada Nabi s.a.w kemudian baginda telah memukulnya dengan dua pelepah kurma sebanyak empat puluh kali.

    Rasanya sebab tu Dr Lo’ Lo’ sebut menghampiri.. nak ikut hukum sebenar 40 minimum. Lagipun jgn lupa.. yang jatuh hukum ialah hakim syariah Pahang. Bila pulak Pahang diperintah oleh PAS?

  9. AdukaGila says:

    Apabila membaca feedback diatas, kalau ianya benar2 berdasarkan AQ dan Sunnah maka secara automatiknya org yg meminum arak harus dijatuhkan hukuman sebat walaupun dalam AQ tidak menjelaskan apa2 ttg perkara ini. Oleh itu sebat itu harus dilakukan bukannya 5 kali, 6 kali atau 10 kali bahkan hukumnya adalah 40 kali sebatan.

    Jgn dilupa, sumber utama yg harus dirujuk adalah AQ dan Sunnah. Ianya tidak boleh diambil salah satu sahaja sebagai rujukan kerana AQ lebih berkonsep kepada teori manakala Sunnah lebih cenderung kepada perlaksanaan.

    Seperti Hadis wasiat yg berbunyi,

    “Ku tinggalkan 2 perkara kepadamu, xlah kamu tersesat selama2nya selama masih kamu berpegang kepada kedua2nya. Itulah Al-Kitab (AQ, Injil, Taurat, Zabur) dan Sunnah RasulNya”

    Oleh itu saya memohon maaf kerana post saya diatas mgkin agak mengelirukan pembaca yg lain dan saya setuju dgn pendapat mereka.

    Terima kasih

  10. inspigoblog says:

    Saudara aduka
    sdr meletakan hadis setara dengan alquran. Org lain mungkin punya pendapat berbeza. Secara simboliknya, Seperti juga meletakan khat ALLAH dan Muhammad diaras yang sama. Ada yang meletakan Khat Allah lebih tinggi, ada yang hanya meletakan Allah sahaja dan ada yang tak memperagakan langsung kerana percaya ia bukan untuk diperaga.
    Saya tidak ada masalah dengan hukuman yang hendak dijatuhkan. Cuma jelaskan dari mana sumbernya. Sekiranya diambil dari hadis nyatakan, jangan dikatakan pula ia dari Quran. Jangan pula dikatakan yang ditetapkan Allah atau jadi hukum Allah.

  11. AdukaGila says:

    Saudara,

    Mgkin saudara salah faham mengenai pendirian saya. Islam tidak boleh lari daripada 2 sumber utama iaitu AQ dan Sunnah. Sumber rujukan umat Islam harus berpandukan kepada kedua2nya seperti firman Allah,

    “Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.

    Hukuman sebat keatas org yg meminum arak ini adalah diambil daripada Sunnah, bukannya AQ.

    Saudara,

    Saya tidak ada mengatakan bahawa Sunnah boleh mengatasi AQ. AQ seharusnya menjadi sumber yg Utama barulah diikuti dgn Sunnah. Tetapi sekiranya kita memahami konsep sumber2 ini, mereka melengkapi satu sama lain dan ianya tidak boleh dipisahkan.

    Sebagai contoh dalam AQ ada menceritakan tentang rukuk dan sujud dalam solat akan tetapi Allah tidak menceritakan bagaimana ianya harus dilaksanakan. Org yg tidak ikut Sunnah sudah pasti tidak tahu bagaimana utk rukuk dan sujud tetapi Rasulullah ada mengajar kita bagaimana hendak melakukan semua itu dalam Sunnah baginda dan itulah yg menjadi pegangan kita sehingga ke hari ini.

    Oleh itu, apakah kita benar2 pasti bahawa apa yg Rasul suruh kita perbuat itu bukannya suruhan daripada Allah?

    Hadis hanyalah sebahagian daripada Sunnah. Saudara fahamkan maksud Sunnah itu dan insya Allah saudara pasti menemukan jawapannya.

  12. inspigoblog says:

    Sekiranya ia ikutan sunnah rasul nyatakan ia mengikut sunnah bukannya yang ditetapkan didalam quran. Jika buatan manusia juga perlu dinyatakan supaya tidal mencemar Islam.
    Dan keadilan bermakna undang-undang setara tanpa mengira, pangkat, umur, ketika, tempat, istana atau rumah, pub atau kedai todi.

    Juga membezakan antara kesalahan pelbagai

    food for thought

    ” *…. consider section 177 of the Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (the enactment under which Kartika is sentenced). Under this section, a person who forces or allows his wife to prostitute herself with the intention of earning an income from such prostitution is liable to be fined RM4,000 or imprisonment for 2 years or both and caning of not more than 6 lashes.*

    *So, there we have it. RM5,000 fine or imprisonment of 3 years and 6 lashes
    for consuming alcohol. And RM4,000 fine or imprisonment of 2 years and 6
    lashes for forcing one’s wife to be a prostitute! Is there any wonder why
    Islam is viewed with ridicule and contempt?”*”

    Undang-undang apa ni? mencemarkan nabi, mencemarkan Allah.

    Saudara jelas kenapa saya berkeras mahu dinyatakan bahwa ini undang-undang buatan manusia? bukan ikut sunnah!!

  13. inspigoblog says:

    Sdr aduka

    Enakmen undang syariah negeri pahang dalam BM

    Minum yang memabukan
    Seksyen 136 Enakmen ibu adalah dipinda dengan menggantikan perkataan-perkataan “satu ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada lima belas hari” dengan perkataan-perkataan “lima ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya dan sebat tidak lebih daripada enam kali sebatan”.

    Seksyen 33. Pindaan bagi seksyen 177. Suami yang melacurkan isteri

    Seksyen 177 Enakmen ibu adalah dipinda dengan menggantikan perkataan-perkataan “seribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya” dengan perkataan-perkataan “empat ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada dua tahun atau kedua-duanya dan sebat tidak lebih daripada enam kali sebatan”.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: