Kesian UMNO, ramainya ahli yang bobrok. Sekretariatnya?

Hari demi hari, minggu demi minggu, UMNO tidak habis habis dengan masaalah. Kalaulah UMNO itu organisasi perniagan sudah pasti ia sudah lama muflis. Bukan itu sahaja ramai ahli lembaga pengarah,ahli  dan pengurusnya yang dipenjara kerana pelbagai kesalahan.

Ada yang kata ini semua sumpah Altantuya tapi ini bukan zaman mahsuri atau zaman sumpah menyumpah. Masalah organisasi adalah masalah saintifik dan ia bolih diatasi dengan pendekatan saintifik.

Saya kenal ramai pemimpin UMNO yang baik dan berkualiti. Malangnya ramai yang ketinggalan zaman. Kebelakangan ini baru sibuk nak buat facebook , bertwitter dan berblog. Ramai yang  jadikan navelgazing sebagai hobi. Mungkin itu sebanya lebih ramai SYT dan SCT tunjuk pusat diKLCC dari di bollywood.

Saya juga kenali ramai yang bobrok yang tak berkualiti, yang hanya sibuk tujuk gaya, isi tembolok, kaki pau dan langau. Majoriti orang melayu tidak sedemikian.

Nyatalah dari pelbagai insiden sistem pentadbiran dan pengurusan UMNO itu sendiri bobrok. Dengan sokongan badan sekretariat, special branch, military intelligence, masih gagal memilih calun pilihanraya. Masih bolos seorang yang jelas tidak layak jadi calun pilihanraya diberi mandat, dan diketengahkan sebagai wira. Maharaja perlu buat sesuatu. Kepala siapa yang perlu dipancung? menidakan atau denial dikuti dengan justifikasi bukan kaedah kepimpinan  berkesan.

Digugurkan dari daftar profesional adalah satu keaiban dan satu penalti yang amat berat.

Malangnya belukang telah bolos memasuki sangkar kelah. Dan bila berlaku kesilapan, mula-mula ditidakkan kemudian sibuk pula mereka buat justifikasi itu dan ini.  Apa kabar sahabat saya di Bruas? di Tanjung Malim. Temerloh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: