Terima Kasih Merdeka kepada Kartika Sri Dewi Sukarno

Hari ini 31 Ogos hari Merdeka. Merdeka kah anda? Merdekakah saya?

Hari ini saya berterimakasih kepada Kartika Sri Dewi Sukarno. Apabila dia tidak membuat rayuan hukuman rotan minum bir yang dijatuhkan terhadapnya saya tidak menjangka bahwa ini satu tempelak paling halus kepada mahkamah syariah negeri.

Lihatlah, kartika sari Dewi Sukarno jadi selebriti yang kerjaya modelnya tak mungkin jadi penyebab. Lihatlah Kartika di Wikipedia. Lihatlah Kartika diBBC, CNN dan Aljazeera.

Saya berterimakasih kerana disebabkan kes ini saya menyelidik Undang-undang yang dikatakan undang-undang syariah. Ia sebenarnya Undang undang Pentadbiran Melayu dan Islam, dibawah hak mutlak kuasa Al-Sultan Negeri yang digembargemburkan SEBAGAI syariah.

Siapakah yang mengunakan siapa? Adakah Sultan mengunakan Ahli Agama untuk menjalankan pemerintahan atau adakah Ahli Agama yang mempengaruhi Sultan dengan menyatakan undang-undang Kesukuan itu undang Syariah?

Setiap melayu akur dan menerima tanpa soal. Kata ulama, dan fatwa diwarkan sebagai undang-undang mengikut Quran dan Sunnah. SEmua mempercayai. Dinyatakan acapkali yang Perlembagaan dan Undang undang persekutuan tidak Islam. Semua terikut percaya.

Nyata ia undang tribal. Nyata satu fitnah yang ia ikut undang-undang Allah dan Rasul. Nyata saya belum merdeka kerana cetek ilmu, kerana mengandaikan Alhabar negeri itu ulama yang adil kerana nama Islam, syariah, Rasul, Sunnah, Allah sentiasa dibibir.

Saya juga tertaNya kenapa  perlu ada undang-undang asing mentadbir Melayu dan Islam?

Terima kasih kartika kerana dihari Merdeka ini saya menyoal samada saya, seorang Melayu Islam Sudah merdeka?

Saya menyoal adil dan saksamakah undang-undang yang kononnya undang-undang syariah?.

Saya menyoal kenapa sipeminum bir, dihukum lebih teruk dari sang pelacur dan suami yang melacurkan isteri? apakah rasionalnya?

Harubiru rupanya.

Saya terbuka mata, selepas 52 tahun merdeka. Sukar sungguh perjalanan merdeka. Terima kasih kartika.

One Response to Terima Kasih Merdeka kepada Kartika Sri Dewi Sukarno

  1. Pezze says:

    If you look at the Syariah Law as it is implemented in Malaysia, yes, it is tribal. Why I say it’s tribal? Simple, if the authorities are really implementing “God’s” law, then ALL the states will have standardised law debated, deliberated and approved by a national body. And the law will not have such stupid inconsistencies such as the fine for drinking alcohol is more than prostituting one’s wife.

    Syariah law differs from state to state and who is the Islamic Chieftain for each state if not the tribal leaders themselves, the Sultans.

    Unfortunately however, til today, we have yet to have a strong leader who will grab the bull by its horns and revamp and rationalise both the civil and syariah laws in Malaysia. The moment someone becomes vocal and attract a significant following, he/she will be sidelined by the powers that be.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: