Ganyang Malaysia ! Pesepadanan budaya, adakah patut?

Ini kali kedua saya dengar pekikan ” Ganyang Malaysia!!!”. SUKARNO, di tahun 60an semasa Konfrontasi menjadikan laungan tersebut laungan perang. Disebalik bunyi siren latihan anti serangan udara, dan berita komando indonesia ditangkap di Pontian dan Sarawak, ganyang Malaysia terdengar dicorong-corong radio diwaktu malam. Adakah patut?

Semasa konfrontasi, isunya ialah pembentukan Malaysia, isu penyepadanan baru fisikal dan politik. Kali ini penyepadanan budaya.Dalam ode baru dunia, dan kesejagatan manusia, protes dan reaksi pak menteri tidak bertempat. Jikalau dilihat bagaimana kuasa besar, olih bangsa besar dunia bekerja keras mengekspot budaya keseluruh dunia  kita melihat dikaca TV orang jakarta memegang buluh runcing. Adakah patut?

Bayangkan, Amerika, menghalang dunia  menayangkan pakai jeans, pakai topi koboi, makan Mcdonald, nyanyi rock and roll dan main lagu blues dimana-mana promosi tentang negara. Itali pula menyaman USA di mahkamah dunia kerana menjadikan spaghetti dan Pizza, makanan kegemaran hollywood. Great Britain pula, menghendaki negara-negara dunia baru Australia, New Zealand, USA, Canada membayar royalti kerana menonjolkan budaya ala-Inggeris dalam gaya hidup mereka. Adakah patut?

Bayangkan, CHINA menghantar nota bantahan dan memanggil balik duta di Kula lumpur dan Singapura  kerana menunjukan tarian naga dalam klip promosi pelancungan. India juga bersedia menghantar kapal perang, menculik semua pengamal budaya dan peminat Bollywood di Bradford, Watford, dan menyaman BBC kerana mengunakan lagu Bangrra dalam klip BBCWorld  Service. Adakah patut?

Saya juga dengar ura-ura gerakan Wahabi, Arab Saudi,  mau pancung sesiapa yang mengamalkan budaya nabi kerana mereka baru  belajar dapat iktibar dari Jakarta. Adakah patut?

Sebentar ya, satu soalan, kita lihat sekatan jalan SWEEPING MALAYSIAN hanya di Jakarta. Gue, pelik,  kenapa goblog banget? Saudara gue di Kendal, Surabaya, Solo dan Jogja  tak bermasalah de. Semalam gue beli Batik Jawa buatan Malaysia, tuanpunya toko dan perusahaan orang Jawa. Jiran gue buka puasa  nasi penyet di Sunway tak perlu pergi jakarta. Bulan lepas ada main ketoprak, tunjuk barongan dan main kuda kepang.

Hari ini saya buat deklarasi kepada semua anak dan saudara mara saya. Hari ini kami orang Jawa, banjar, Minang, Batak mendeling, tidak akan membenarkan orang Jakarta menghalang  kami makan ayam pecel, sambal goring, sambal godok, main barongan, main gamelan,  gendang godam, nyanyi dangdut,  pakai batik jawa, buat batik jawa, ekspot batik jawa, pakai dan ekspot belangkon, kerana kami orang jawa banjar, minang yang tak kenal sepadan. Kami tidak juga perlu Kerajaan malaysia atau sesiapa minta maaf kepada sesiapa kerana itu hak kami dan turunan nenek moyang kami!!!

Adekah patut? ya, patut.

12 Responses to Ganyang Malaysia ! Pesepadanan budaya, adakah patut?

  1. maridup says:

    Anda tidak faham persoalan. Orang Malaysia ex orang Jawa, banjar, Minang, Batak mendeling, atau siapa saja boleh memakai atau menggunakan dan bahkan berbisnis product budaya asli Indonesia. Tetapi dipantangkan kalau product budaya tersebut di hak patent oleh Malaysia.

  2. inspigoblog says:

    siapa yang patent siapa pak? apa yang dipaten pak? budaya kita ada dalam DNA dan darah daging kita.
    kami tak ada sepadan, budaya ini kami warisi sebelum indonesia wujud, telah ratusan tahun dimalaysia dan di surinam, dan di madagascar dan di belanda, dan di afrika selatan, dan di arab saudi
    bagaikan nasi minanag dan nasi padang yang dimanamana.
    mana bisa dipaten?

  3. maridup says:

    Anda masih saja tidak faham persoalan! Decendent root rakyat Malaysia adalah dari Indonesia (Riau, Minang, Batak Mendeling, Jawa, banjar, dan lain-lain) tentu saja culture root juga dari Indonesia. Rakyat Malaysia harus fahamkan soal genetic resource, traditional knowledge and folklore (GRTKF).

    >>> “budaya ini kami warisi sebelum indonesia wujud, telah ratusan tahun dimalaysia dan di surinam, dan di madagascar dan di belanda, dan di afrika selatan, dan di arab saudi”.<<< Ini statement sangatlah salah. Indonesia merdeka tahun 1945, Malaysia wujud bentuk federation baru ada di Tahun 1961 walaupun wujud merdeka tahun 1957 sebagai federation Malaya.

    Kalau jawa di Malaysia sudah pakai itu budaya ratusan tahun, bagaimanapula jawa di Indonesia sebagai nenekmoyang (ancestor), tentu sudah ribuan tahun. Jadi, Malaysia harus appreciate culture root dari Indonesia. Faham kah?

  4. inspigoblog says:

    Sdr Maridup, Kami bukan turunan atau descendent Indonesia. Telah beratusan tahun kami berhijrah kepelosok dunia.

    kepada kita orang jawa, minang, padang, acheh, sepadan politik hanyalah sementara. Yang kekal ialah budaya genetik, ilmu tradisi, folklore turun temurun sesuatu kaum atau kumpulan ethnik. Nationality atau taraf kebangsaan berubah0-ubah.

    satu hari dipanggil warga majapahit, hari yang lain sri wijaya, hari yang lain melayu riau, ditahun lain empayar melaka, hari yang tak baik dutch east indies, atau british malaya. kemudian ada jepang. Namun yang tak berubah ialah jawa tetap jawa, acheh tetap acheh, minanag tetap minang, melayu riau tetap melayu, melayu johor tetap melayu.

    kami orang jawa, minang, acheh, banjar dll yang bertaburan dipelosok dunia, tidak mahu jakarta menentukan atau kuala lumpur, atau singapura menyatakan atau mahu patenkan itu hak mereka.

    budaya, folklore, tradisi adalah hak rakyat, hak kaum, hak individu,yang bebas kami rayakan, paparkan, tonjolkan dimana-mana kami berada. Itu hak kami.

    Khususnya yang JAWA, kami sudah membuat deklarasi kami ahli JI, bukan jemaah islamiah tapi JAWA internasional tanpa sepadan dan bebas merayakan budaya kami dimana-mana kami berada.

  5. maridup says:

    Anda sudah mulai fahamkan persoalan! kerena anda sudah bawa etnic untuk cinta budaya, folklore, tradisi yang menjadi hak individu dan hak kaum. Bagus lah.

    Dalam konteks negara, Malaysia tidak boleh memakai root culture di Indonesia sebagai icon negara Malaysia. Ini yang menjadi persoalan negara serumpun. Faham kah!

  6. AdukaGila says:

    Semua budaya atau pemikiran atau kefahaman atau tatacara hidup sepatutnya bukan milik siapa2 kerana yg haq adalah milik Allah Tuhan Yg Maha Pemurah, Maha Bijaksana memberi manusia akal utk berfikir, bukan berebut2 mengatakan org itu betul org itu salah, itu hak kamu, ini hak kami, apakah kamu maridup sebagai manusia kamu tidak mempunyai akal utk berpikir?

    Allah menciptakan manusia itu dari kalangan pelbagai bangsa, budaya dan komuniti supaya saling kenal mengenal dan atas dasar perkenalan itu seharusnya manusia bersatu padu bukannya berpecah-pecah. Itupun atas satu isu yg remeh – iaitu persoalan budaya yg bagi saya Indonesia dan Malaysia mempunyai satu persamaan yg sgt dekat. Bukankah kita semua datangnya dari Allah dan kepadanya juga kita kembali?

    Firman Allah,

    “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal” (49:13)

    Tugas manusia diciptakan kedunia ini tidak lain hnyalah utk beribadah dan mengabdikan diri kepada yg Maha Esa (51:56). Sebab itu Allah itu Maha Pemurah, dikurniakan segala nikmat kpd manusia, supaya manusia menggunakan nikmat itu sebagai kemudahan utk kita beribadah kepadanya, akan tetapi sebaliknya yg berlaku. Dgn nikmat itu menjadikan byk manusia berpecah belah dan byk juga yg menukarkannya kepada kekafiran/ingkar. Bukankah Allah sudah mengingatkan ttg bala yg diturunkan kpd umat terdahulu? Apakah kamu lupa atau tidak menggunakan akal utk berpikir?

    Firman Allah,

    “Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, karena sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung” (17:37)

    dan lagi,

    “Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang telah menukar nikmat Allah dengan kekafiran dan menjatuhkan kaumnya ke lembah kebinasaan?” (14:28)

    dan akhirnya,

    “Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)” (14:34)

    Kesimpulannya, budaya, folklore, tradisi bukan milik individu atau hak sesiapa tetapi hanyalah milik Allah semata-mata yg Maha Kaya dan Maha Kekal. Kita ni manusia bersifat tidak kekal seharusnya berpikiran sperti hamba abdi bukannya Tuan yg sentiasa lupa diri. Gunakan ilmu, idea, akal dan segala nikmatNya utk memberi rahmat kepada sekelian alam kepada semua manusia, haiwan, alam dan tumbuh2an. Byk lagi isu besar yg boleh dikupas, bukannya masalah remeh seperti perebutan budaya yg sgt memalukan seperti ini.

    Wassalam.

  7. inspigoblog says:

    adukagila,
    gimana ya budaya, folklore, tradisi yang berlawanan dengan kehendak Allah? milikNya juga ka?
    hanya yg baik datang dariNya, yang tak baik itu buatan manusia dan makhluk

  8. AdukaGila says:

    Sdr,

    Apabila manusia faham matlamat utama diturunkan Allah ke dunia ini, maka secara automatik ia akan mengetahui apakah tujuan hidupnya. Hidup ini umpama perjuangan sementara yg akan menentukan dimana akan kita ditempatkan di akhirat kelak, syurga ataupun neraka. Tiada jalan di tengah2, maka pilihlah mana satu jalan yg kamu kehendaki, jalan yg diredhai ataupun jalan Thaghut.

    Budaya, folklore atau tradisi ini adalah satu nikmat Allah. Sudah tentu nikmat yg Allah kurniakan adalah utk memberi kemudahan kepada manusia beribadah kepadaNya. Yang pasti setiap perkara yg datang dari Allah adalah perkara yg baik, tetapi manusia inilah yg amat sedikit bersyukur yg mencemarkannya. Tidak kesahlah dari mana ia datang, kerana Allah mengurniakan akal kpd manusia dan fitrah manusia mengilhamkan perkara yg disukai. Seharusnya budaya yg baik itu boleh diikut, manakala yg buruk wajar kita tinggalkan atau ubah ia menjadi satu yg baik, sejajar dgn kehendak dan kemahuan Allah. Manusia yg beralquran seharusnya bisa membezakan mana yg haq dan mana yg bathil.

    Sebagai contoh, muzik adalah satu budaya. Ia wujud sejak beribu2 tahun dahulu. Allah memberi nikmat muzik dan Dia tidak mengharamkannya, tetapi menjadi bathil/haram apabila ianya melampaui batas sehingga bisa melalaikan manusia daripada mengingati Allah. Itulah maksud ayat menukar nikmat kepada kekafiran/keingkaran yg saya bagi diatas.

    Lawan ibadah adalah maksiat. Kalau sesuatu perkara yg dilakukan itu bukan dgn keredhaan dan kemahuan Allah, automatik ianya menjadi maksiat kerana pasti ianya dilakukan dgn mahunya nafsu dan kehendak diri sendiri. Sbab itu Basmallah adalah ayat pertama2 diajarkan dlm Al-Quran, kerana maksud Basmallah itu ialah ‘Dgn Nama Allah’ atau ‘In the Name of God’ yg bermaksud ‘Atas kemahuan/kehendak Allah’. Justeru, jikalau saudara perhatikan surah At-Taubah tiada Basmallah kerana seharusnya perbuatan ‘bertaubat’ itu atas kehendak diri sendiri, bukan atas kehendak Allah. Allah Maha Kaya, Dia tidak berkehendak kepada manusia, tetapi manusia itulah yg seharusnya berkehendakkan kepada Allah.

    Kesimpulannya, sbg manusia seharusnya kita jgn berlagak sombong seolah2 kita Tuan di dunia ini. Jika kita faham konsep manusia sbg hamba, maka pasti xkan ada pergaduhan, kekacauan, peperangan, atau perebutan budaya spt ini. Apakah kita sudah lupa nikmat2 ini Allah pinjamkan kpd kita ini milik Allah semata2? Beranikah jika saudara mengatakan ini semua milik saudara? Jika semua manusia bermentaliti ‘Tuan’, maka akan berbondong2 manusia berebut2 mendapatkannya, mengatakan sesuatu itu bukan milik org lain melainkan dia saja, padahal dia sudah lupa dari mana ianya datang.

    Kita wajib mempunyai mentaliti hamba, bekerja didunia ini utk Allah semata2, merahmati sekalian alam, memberi kebaikan dan faedah kepada seluruh makhluk dan itulah antara tujuan kita diciptakan.

    Saya juga Melayu, berasal dari Jawa Indonesia, mungkin dari rumpun yg sama spt saudara. Saya juga hidup berbudaya dalam msyarakat saya malah saya tidak pernah merendah2kan budaya org lain, bahkan saya bersyukur kerana kepelbagaian budaya yg Allah ilhamkan kpd manusia byk memberi rahmat bagi mereka yg ingin mensyukurinya.

    Terpulanglah. Tepuk dada tanyalah iman.

    “Dan Kami telah turunkan kepadamu Al Quran dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, yaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu; maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu. Untuk tiap-tiap umat diantara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang. Sekiranya Allah menghendaki, niscaya kamu dijadikan-Nya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, maka berlomba-lombalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah-lah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu, dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah menghendaki akan menimpakan mushibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik” (Hidangan:48-49)

  9. maridup says:

    @AdukaGila,
    Statement tentang Allah – manusia, yang ditulis oleh AdukaGila memang benar, tetapi yang ada dipikiranmu ‘salah’.

    Saya ambil satu contoh:satu pohon tumbuh di halaman rumah, pohon itu milik Allah yang menjadi milik saya kerena tumbuh di tanah hak saya. Lalu saya berikhtiar untuk memuat added-value pada pohon itu dan saya tebang dan membuat ukiran yang cantik. Kerena pohon itu ciptaan Allah, apakah AdukaGila clim ukiran yang saya ciptakan menjadi milik kamu juga?

    Di dunia ini ada yang sudah menjadi public-domain dan ada yang private-domain. Yang public-domain menjadi milik semua dalam arti untuk manfaatnya, tetapi tidak menjadi milik seseorang.

  10. AdukaGila says:

    Bapak maridup,

    Anda bisa saja memiliki apa saja perkara didunia ini. Itu memang kurnia Allah diberikan kepada sesiapa saja yg berusaha ke arahnya.

    Tetapi cara bapak mengatakan seolah2 semua yg dtg dari Indonesia itu semuanya milik bapak dan kaum bapak. Saya berbangsa Jawa, mungkin satu rumpun yg sama dgn bapak walaupun saya sdh lama menetap di Msia. Ramai juga saudara mara saya yg masih menetap di Indonesia dan kami masih berhubung sehingga ke hari ini.

    Justru, kenyataan bapak bahawa org Jawa atau Bugis atau Banjar di Msia tidak boleh memiliki budaya dari Indonesia tidak dapat diterima sdgkan kita datang dari rumpun yg sama. Jika diukur dari sudut sejarah, Jawa Bugis Banjar sudah lama berhijrah ke Msia sebelum Indonesia dan Malaysia wujud lagi. Bapak mungkin bisa bertanya kepada Parameswara.

    Sejak itu, budaya yg dibawa oleh kaum2 yg berhijrah ini juga mengalami pelbagai transformasi dan perubahan budaya selama beratus tahun selaras dgn persekitaran di Malaysia. Oleh itu budaya kita mungkin mempunyai persamaan yg banyak, tapi pasti tidak serupa.

    Konsep perkongsian budaya adalah cara yg boleh menyelesaikan masalah dan saya lihat ianya memberi banyak kebaikan. Jika bangsa lain bisa berkongsi, mengapa kita yg dtg dari rumpun yg sama tidak bisa melakukannya pak? Bangsa Cina yg merantau ke Indon dan Msia berkongsi budaya dgn nenek moyang mereka di Negara China. Tiada pun masalah timbul.

    Saya melihat segelintir kaum di Indon yang mengisytiharkan perang ‘Buluh Runcing’ ke atas rakyat Msia umpamanya, adalah satu contoh perbuatan yg tidak berakal dan bertamadun. Apakah mereka tiada kerja lain yg lebih baik bisa dilakukan disana?

    Firman Allah,

    ‘Dan Dia menempatkanmu sekelian di atas muka bumi ini, dan diadakan bagimu sumber penghidupan. Amat sedikitlah kamu bersyukur’ (7:10)

    Perkataan ‘menempatkan’ itu saya lebih senang menterjemah kepada ‘menumpangkan’. Kita ni hanya pendatang dan penumpang di dunia milik Allah dan pastinya Dia sentiasa melihat apakah yg telah kita lakukan di atas bumi, samada memberi kebaikan ataupun membawa kerosakan padanya atau secara langsung kpd kehidupan manusia itu sendiri. Jikalaulah budaya yg Allah pinjamkan ini bisa dibawa ke lubang kubur, ya kami disini tiada masalah silakan ambil kesemuanya jikalau itu yg bapak mau.

    Manusia bisa mencipta, tetapi Allah jualah yg memberi kita akal dan ilham. Oleh itu, semuanya milik Allah, dari Allah kita datang dan kepada Dia kita kembali. Jika ada mentaliti ‘semuanya milik Allah’ seperti ini pasti pergaduhan tidak berlaku. Minta ampun, kerana itulah yg saya ngerti, dan itulah juga yg saya mahu bapak fahamkan.

  11. maridup says:

    Kita semuanya sudah sefaham bahwa semuanya dari Allah dan milik Allah dan tiada seorangpun berani bantah.Tetapi antara manusia yang dimiliki Allah itu, punya kemampuan mencipta maka terciptalah budaya, folklore dan lain sebagainya. Seandainya seorang ayah pencipta budaya punya dua orang anak yang menjalankan budaya itu. Kemudian seorang anak itu claim budaya itu milik dia sehingga yang seorang lagi tidak mendapat manfaat dari budaya yang dicipta oleh ayahnya. Apakah ini tidak menjadi persoalan?

    Yang terjadi di dunia luar (terutama di Europe)bahwa product seni budaya yang dimiliki bersama oleh Malaysia dan Indonesia menjadi tidak bermanfaat bagi indonesia kerena sudah di-claim menjadi product seni budaya dari Malaysia. Banyak kejadian bahwa pe-bisnis barang seni-budaya dari Indonesia (keris, batik, ukiran Jepara) tidak diperbolehkan ikut display dalam suatu pameran kerena sudah menjadi trade-mark product seni budaya Malaysia. Ini yang menjadi persoalan.

    Sekarang sudah jelas bahwa masyarakat Malaysia tidak well-informed tentang dunia luar? sementara di Indonesia semuanya terbuka dan tak ada yang ditutupi tentang media pemberitaan.

    Rakyat Indonesia tidak mempersoalkan apabila rakyat Malaysia menggunakan budaya yang sama karena serumpun, tetapi apabila product seni yang berasal dari budaya yang sama itu menjadi hanya milik Malaysia maka ini menjadi persoalan yang dipersoalkan oleh Rakyat Indonesia.

    Saya kurang sefaham kalau segalanya harus dihubungkan dengan Allah? Kalau pemikiran rakyat Malaysia semuanya kaitan milik Allah, mengapa Allah tak mampu hapus yang dipersoalkan oleh masyarakat Indonesia? Mengapa harus ada negara? mengapa harus ada kerajaan? Kalau kamu milik Allah dan sayapun milik Allah, milik saya adalah milik Allah, milik kamu juga milik Allah, tetapi milik saya bukan milik kamu walaupun sama-sama milik Allah, kerena Allah menciptakan perbedaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: