Father of the bride – the speech

Segala pujian bagi Allah, dengan kurniaNya jua dapat kita bersama menikmati segala kurnianya. Segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang cacat dan buruk itu datangnya dari kita manusia jua.

Tuan-tuan dan puan puan yang saya hormati sekelian. Saya bersama kedua isteri saya, Norasiah dan Anita , bersama bonda saya Halimah Siraj,  dan keluarga mengalu-alukan kedatangan  tuan-tuan, khususnya rombongan dari Teluk Intan, ke Rumah Besar Mariam Bako untuk memetrikan pernikahan Hafidzah dan AUFA.

Kepada Tuan Haji Zakaria dan Hajjah Ibu Aufa, dengan ini bersaudaralah keluarga kita berdua. Tuan dan Puan adalah besan kami yang pertama, jadi sekiranya terdapat khilaf dan kecacatan adab tegur lah kami yang tidak berpengalaman ini.

Majlis Makan ini mengikut tradisi JAWA dipanggil Makan Berdamai. Maka berdamailah kedua keluarga, dan diberkati Allah hendaknya.

Kepada AUFA saya mengalu-alukan anakanda kedalam keluarga kami. Bertambah lah  seorang lagi  anakkami menjadikan Sembilan semuanya. Mulai hari ini bolihlah panggil saya ABAH.

Bermulalah tanggungjawab anakanda sebagai Suami, dan Insyallah  kemudian hari akan pula dipanggil BAPA. Perkahwinan itu adalah satu kontrak dimana kedua dua pihak mempunyai hak dan tanggungjawab masing-masing.  Berbeza dengan kontrak yang lain, kontrak perkahwinan perlu dipupuk dan dibelai. Apabila dipupuk dan dibelai, ia bagaikan pokok yang rendang, menghasilkan buah dan benih yang tidak ternilai harganya dan kebahgiaan mereka yang berteduh dibawahnya.. Didalam kontrak perkahwinan, tiada panduan yang lebih baik selain dari Ibu kitab AlQuran. Fahamilah ia dan jalanilah hidup berpandukanya.

Kepada Hafidzah hari ini adalah satu lagi mercu tanda yang anakanda lalui didalam perjalanan hidup.

Seperti kata puisi  kegemaran saya Khalil Gibran “Anak”, anakanda bagaikan anak panah yang telah lama ayahanda lepaskan.

Benarkan saya nukilkan satu rangkap Khalil Gibran’s

Anak itu sebenarnya bukan anakkamu

Mereka itu anak kehidupan merindui kehidupan sendiri

Mereka datang bukanya dari kamu tapi melalui mu

Walau mereka itu sebahgian darimu tapi mereka bukan kepunyaanmu

Mereka boilh diberikan kasihsayang tapi tidak rencana fikiran

Jasad merka bolih dibedung dan disarang tapi rohani mereka bebas

Kerana sarang mereka adalah dunia muka yang mustahil kamu lawati walau dimimpi

Kamu bolih cuba menniru mereka tapi jangan sekali mereka dipaksa menjadi kamu

Kerana kehidupan itu mustahil memutar kesemalam

Kau adalah Panah dari mana anak bagai panah kehidupan dilepaskan

Hadirin sekelian. Saya amat menghargai kehadiran tuan-tuan sekelian, meraikan  majlis ini bersama keluarga saya. Kita sebenarnya sekeluarga.  Didalam persediaan untuk majlis ini, bagaimana bantuan keluarga terdekat dan rakan tolan saudara saudari sekelian menjadikan persediaan Majlis sesuatu yang menyeronokan lagi mudah bagi diri saya dan kami sekeluarga amnya.

Saya telah menulis pengalaman saya menceritakan satu persatu proseses persediaan. Alhamdulillah, ia amat dimudahkan olih Allah. Amat penting dan saya bersyukur persediaan telah merapatkat dan mengakrabkan persaudaraan kita. Begitu juga dengan Majlis ini, doa kami ialah diakrabkan persaudarran diantara kita. Setelah selesai majlis rasmi, ambilah masa untuk bermesra dan berkenal rapat lagi sahabat  dan saudara yang lama tak jumpa.

Kami sekeluarga memohon ampun dan maaf diatas segal kekurangan didalam majlis ini.

Kalau ada jarum yang patah

Jangan disimpan didalm peti

Kalau adasalah dan silap

Jangan simpan didalam hati

Sebelum kita mulakan majlis jamuan  saya ingim mainkan satu lagu kregemaran saya  yang mermbawa penuh nasihat kepada dua pengantin.

lagu

 

Saya dengan ini menjemput tuantuan dan puan untuk merasakan hidangan yang tak seberapanya ini.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: