Bersyukurlah, tapi tahukah kamu bersyukur?

Sebutan alhamdulillah, sememangnya ditepian bibir dan peti suara melayu dan islam. Dari jawapan kepada apa khabar, bagaimana bisness,  hinggalah bila menang loteri atau nombor ekor bagi Melayu yang kaki judi. Begitukah yang dikehendakki Allah apabila diperintahntNya ” bersyukurlah, nescaya berlimpah lagi kurnian dan nikmat yang ku berikan”?

Suatu yang menarik berlaku hari ini. Disuatu temuduga saya bertanya ” apakah saudara akan lakukan sekiranya saya tawarkan gaji melebihi gaji yang saudara pinta?”

“Saya akan, solat kesyukuran”

” lagi?”

“saya akan maklumkan kepada emak dan bapa saya”

“itu sahaja?” saya mengharap.

” saya akan tahlil kesyukuran dan kenduri” jawapan skema yang mencerminkan minda Melayu semasa.

Saya ketawa. Saya juga kecewa, kerana jawapan ini diberikan olih lelaki berijazah, dua puluhan. Kecewa kerana masa depan yang serupa tanpa perubahan dan anjakan minda dan cara berhidup. Deen mereka masih deen yang tak bolih diisi, berkelongsong dan luaran walaupun berbentuk terlalu spiritual.

Saya bacakan kepadanya satu nota yang saya tulis berkaitan kesyukuran

Sekiranya kita bersyukur dengan nikmat air dari Allah, disamping ucapan mulut, kita jagai sungai dan punca air. Tidak kita taburi cemaran  dan disia-sia air itu.

Sekiranya kita bersyukur dengan rezeki allah yg diperolihi dari perniagaan, kita jaga pelanggan yang memberi kita kontrak dan jualan di samping ucapan dan bukan kita kongsi kontrak itu dengan sesiapa walau dengan shabat handai .

Sekiranya kita bersyukur dengan kurnia kasih sayang dan cinta kita jaga dari mana datangnya cinta itu bukan kita taburi cinta itu didinding dan jalanan dan diberi pada syaitan dan iblis.

Konsep syukur begini yang bawa limpah ruah dan rahmat berganda-ganda seperti yang dijanjikanNya. Walaupun tidak nampak spiritual dan “alim” tapi sebenarnya tindakan sedemikian megagungi sunatullah.

Fahami konsep kesyukuran ini dan Cubalah!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: