KONSEP TA’AT DIDALAM ALQURAN seperti yang Saya Fahami

KONSEP TAAT atau TO’AT Didalam ALQURAN

Surah al-Nisa’ ayat 59 :-

يَاأَيُّهَاالَّذِينَآمَنُواأَطِيعُوااللَّهَوَأَطِيعُواالرَّسُولَوَأُولِيالْأَمْرِمِنْكُمْفَإِنْتَنَازَعْتُمْفِيشَيْءٍفَرُدُّوهُإِلَىاللَّهِوَالرَّسُولِإِنْكُنْتُمْتُؤْمِنُونَبِاللَّهِوَالْيَوْمِالْآخِرِذَلِكَخَيْرٌوَأَحْسَنُتَأْوِيلًا
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah  dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah dan RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik  dan lebih elok pula kesudahannya. “

Istilah pokok didalam ayat diatas ialah TAAT. Didalam Bahasa Inggeris terminologinya ialah OBEY.

Apakah takrifan TAAT ? Ia sangat penting difahami kerana tanpa pemahaman yang betul makna dan maksud  ayat bolih disalah gunakan dan pendengarnaya mengikut dan mengamal secara membuta tuli.

Pada pendapat saya TAAT perlu tiga unsur

KUASA olih PENGUASA

PERINTAH yang dikeluarkan

Tindakan AKUR  olih pengikut

Taat tidak bolih dimanifestasi sekiranya salah satu daripada unsur tiada. Perintah dari yang dikeluarkan olih yang bukan berkuasa tidak perlu dituruti. Begitu juga Penguasa yang tidak keluarkan perintah tidak perlu dituruti atau Penguasa yang keluarkan perintah tanpa pengikut tiada siapa yang TAAT.

Berbalik kepada ayat diatas TAAT yang dimaksudkan adalah akur pada PERINTAH yang berkuasa iaitu ULUL AMRI, RASUL dan ALLAH.

Tujuan utama ayat ini adalah menentukan kesejahteraan, ketenteraman, atau LAW and  ORDER , kedaulatan undang-undang sesuatau organisasai atau masyarakat manusia.

UlulAmri adalah Penguasa sesuatau Organisasai atau negeri. Selagi tidak dizalimi setiap manusia wajib patuh kepada pemerintah, tidak kira ia pemerintah islam atau tidak KETAATAN bersyarat bukan sahaja dikenakan kepada Muslim tetapi yang bukan muslim,

Taat kepad ALLAH adalah jelas kerana terdapat ketigatiga unsur “ Kuasa, PERINTAH seperti terkandung didalam QURAN dan manusia sebagai pengikut.

Bagaimanapun, apabila dikenakan kepada RASUL, ia hanya berlaku ketika hayat Rasul, sementara baginda mengeluarkan PERINTAH dan dan mempunyai KUASA. Selepas wafat Rasul, Baginda tiada kuasa, tiada PERINTAH jadi tidak timbul perkara TAAT. Sila lihat ayat 24 51 hingga 53 yang menerangkan konsep taat

The only statement of the [true] believers when they are called to Allah and His Messenger to judge between them is that they say, “We hear and we obey.” And those are the successful.

And whoever obeys Allah and His Messenger and fears Allah and is conscious of Him – it is those who are the attainers.

And they swear by Allah their strongest oaths that if you ordered them, they would go forth [in Allah ‘s cause]. Say, “Do not swear. [Such] obedience is known. Indeed, Allah is Acquainted with that which you do.”

Ayat 53 menunjukan PERINTAH nabi semasa hayatnya untuk pengikut pergi berperang, yang perlu dituruti. Ketiga tiga unsur kuasa, perintah dan akur mencukupi konsep TAAT. Semasa hayatnya Rasul adalah ULUL AMRI yang perlu ditaati. BEgitujuga wahyu yang disampaikan adalah perlu diikuti. Konsep taat disini adalah taat kepada Quran dengan sendiri menunjukan TAAT kepada Rasul. Bagaimanapun selepas wafat baginda tiada kuasa dan tidak ada lagi perintah yang dikeluarkan,

Ayat  59 surah Annissa ini sering digunakan olih pengamal Hadis untuk meletakan Hadis sebagai perintah yang perlu dituruti. Tankpa mempersoalakan kesahihan hadis atau  supaya tidak dikatakan anti hadis, saya mempersoalkan kenapa hadis perlu ditaati kerana tiada unsur KUASA dan PERINTAH dalam Hadis?

Hadis bolih dibuat panduan dan pengajaran tetapi bukannya PERINTAH yang dimaksudkan olih surah annissa diatas untuk ditaati.

12 Responses to KONSEP TA’AT DIDALAM ALQURAN seperti yang Saya Fahami

  1. Pezze says:

    Could TAAT also mean “LOYAL”?

  2. selamat says:

    Bissmillahirohmannirohim..

    Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).

    (Al-Hasy-r 59:7)

    Assalamualikum tuan..

    saya rasakan ayat diatas menguatkan lagi Hadis dan meletakan Hadis sebagai perintah yang perlu dituruti. Walaupun mungkin tiada perkataan “Taat” disitu.

    pandangan tuan;
    “Hadis bolih dibuat panduan dan pengajaran tetapi bukannya PERINTAH yang dimaksudkan olih surah annissa diatas untuk ditaati.”

    Dalam ayat di atas [al-Nisa’ 4:59] kita dapati Allah Subhanahu wa Ta‘ala memerintahkan ketaatan kepada Ulil Amri juga, iaitu para ulama’ dan pemimpin negara.

    Akan tetapi perhatikanlah bahawa Allah tidak meletakkan perkataan ‘taat’ sebelum perkataan Ulil Amri sebagaimana Allah meletakkannya sebelum perkataan Allah dan Rasulullah.

    tidak kah ini membawa maksud bahawa ketaatan kita kepada perintah Allah dan Rasul-Nya adalah mutlak? manakala ketaatan kita kepada Ulil Amri hanya apabila mereka melakukan perkara-perkara yang selari dengan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya, iaitu al-Qur’an dan al-Sunnah.

    1.tidak kah dengan pendapat tuan yang sedemikian membawa maksud, terdapat kesilapan didalam Al-Quran ia ini berpendapat ayat ini bertujuan menyeru manusia sezaman dengan rasulullah semata, Dan bukan seruan sepanjang zaman?..
    2.Bukan kah hadis/sunnah itu salah satu daripada sumber hukum-hakam dalam Islam.tidak kah ini secara tidak langsung mewajibkan supaya ia dituruti/ditaati?

    saya bersetuju dengan tuan tentang;
    “Tujuan utama ayat ini [al-Nisa’ 4:59] adalah menentukan kesejahteraan, ketenteraman, atau LAW and ORDER , kedaulatan undang-undang sesuatau organisasai atau masyarakat manusia.”

    akan tetapi saya tidak bersetuju dengan konsep cadangan tuan tentang;

    “KUASA olih PENGUASA”
    “…..Bagaimanapun, apabila dikenakan kepada RASUL, ia hanya berlaku ketika hayat Rasul, sementara baginda mengeluarkan PERINTAH dan dan mempunyai KUASA. Selepas wafat Rasul, Baginda tiada kuasa, tiada PERINTAH jadi tidak timbul perkara TAAT”.

    Saya berpendapat Ketaatan adalah wujud kuasa seperti tuan katakan td dan sesudah ketiadaan kuasa td seseorang itu masih mentaati si bekas penguasa itu, ini lah sebenar2 ketaatan
    … dan bukan taat yang becampur baur ketakutan atau sebagainya.

    bidalannya adalah seperti… isteri yg sentiasa menurut setiap kehendak suaminya sewaktu dirumah, dan apabila si sang sumai tiada dirumah pada suatu jarak tertentu dan ia berpesan kan akan sesuatu perkara adakah si isteri tidak lagi perlu mentaati si suami kerana wujud power vaccum itu tadi?..adakah si isteri ini tadi tuan kirakan sebagai taat?..

    Memang perlu kita untuk mencari kesahihan hadith, bagi menolak pakai yang palsu.

    Bukan lah saya seorang berilmu tinggi,saya berharap comment saya ini bertepatan dengan persoalan yang tuan aju kan pada penulisan tuan td.

    sekain itu saja saya cuma tertarik dengan penukisan tuan, jika terkasar maaf saya mohon,tiada terdetik niat curang cuma minta sedikit ilmu dari blog tuan ini..

    ~semoga tuan diberkati semua urusan~..

  3. inspigoblog says:

    Sdr Selamat,
    Terima kasih diatas komen sdr yang saya hargai dan dibuat secara berhemah. Tujuan kita semua adalah untuk mencari kebenaran dan memahami AlQuran.

    Terjemahan ayat yang sdr berikan untuk 59:7 sangat memesongkan dan terkeluar dari makna sebenar khususnya yang menyatakan “Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya.” Terjemahan olih siapa yang sdr gunakan?

    Saya telah melihat lebih 30 terjemahan yang rata rata menterjemahkan nya sebagai ” apa yang rasul beri amabil dan apa yang disimpan jangan diambil” atau dalam bahasa inggeris terjemahan Yusuf Ali “What Allah has bestowed on His Messenger (and taken away) from the people of the townships,- belongs to Allah,- to His Messenger and to kindred and orphans, the needy and the wayfarer; In order that it may not (merely) make a circuit between the wealthy among you. So take what the Messenger assigns to you, and deny yourselves that which he withholds from you. And fear Allah; for Allah is strict in Punishment.”

    Ayat ini adalah untuk agihan harta perang, bukan berkaitan dengan PERINTAH atau TAAT. Perkataan yang digunakan ialah ATAAKUMU dan NAHAKUM beri dan ambil.

    Kepada kita yang cuba memahami QUran dari terjemahan amalan sebaiknya ialah merujuk lebih dari sesuatu terjemahan, maklumlah penterjemah pun bolih buat silap.

    posting saya diatas tertumpu kepada takrifan perkataan TAAT. Saya nyatakan TAAT perlu lulus mandatori 3 ujian ; punya kuasa, ada perintah dan ada pengikut.

    Kerajaan British dah tak ada di Malaysia. Perintah BRITISH untuk naikan bendera dah tak perlu TAAT. Perintah suami yang dah mati dan tak ada kuasa tak perlu taat. Suami yang pergi outsataion yang punya title suami, punya kuasa punya isteri perlu taat. Itu pun bersyarat.

    • selamat says:

      Assalamualikum tuan.

      Terimakasih atas teguran tuan berkenaan terjemaahan ayat “ATAAKUMU” dan “NAHAKUM”semakan telah saya lakukan melalui beberapa kitab milik saya dan rujuk di internet…

      ini mungkin berlaku atas kelemahan pemahaman sendiri saya dalam bahasa arab dan inggeris, yang menyebab kan terlepas pandang berserta kecenderungan saya hanya mengambil terjemahan dalam bahasa melayu.

      terjemahan yang tuan katakan mengelirukan itu saya dapati dari;
      1. http://www.surah.my/59
      2. http://quran.com/59 (translation malay)
      rujukan bahasa melayu yang diberikan mereka tidak kepada individu tetapi kepada organisasi.
      —————————————————————————–
      kiranya pendapat saya ayat tersebut (Al-Hasy-r 59:7) dikatakan saya relevant dalam konteks perbincangan ini adalah bedasarkan kitab tafsir Ibnu Katsir yang masih meluas pengunaanya.

      menurut kitab Tafsir Ibnu Katsir;
      (yang tuan boleh dapati dalam bentuk pdf e-book di link dibawah ini)
      http://shirotholmustaqim.files.wordpress.com/2010/07/tafsir-ibnu-katsir-surat-al-hasyr.pdf
      * tuan rujuk muka 8perenggan 2dari bawah hingga muka 9

      1. Beliau menterjemahkan ayat “ATAAKUMU” dan “NAHAKUM” tersebut juga seperti tuan.
      2. Akan tetapi pentafsiran beliau pada ayat tersebut berbunyi “yakni apa yang beliau perintahkan maka kerjakan lah, dan apa yang dilarang maka tinggalkan lah kerana beliau memerintah kepada kebaikan dan melarang kepada keburukan.” (perenggan 2 terakhir muka 8)
      3. terjemaahan beliau ini belau kuatkan lagi pada hadith riwayat al bukhari ,muslim , dan abu hurairoh (dimuka 8 perenggan terakhir-9)

      Dari rujukan saya berikan ini tadi, saya rasakan wujud satu perintah yang dikeluar kan Rasullulah s.a.w tentang sesuatu perkara. Dan perkara ini wajib diterus kan sungguh pun setelah tiada hayat baginda. Bukan kah ini ketaatan kepada Rasullulah walaupun baginda sudah 1500 tahun tiada?..

      maksudnya disini walaupun ketiadaan kuasa Rasullulah, perintah baginda adalah bersifat sepanjang zaman untuk ditaati sebagai umat islam, dan bukan semasa hayat beliau sahaja.
      maksud saya perkara mandatori pertama yang tuan cadangkan tidak bersesuaian.

      menyusun sepuluh jari saya kerana gagal menerima pandangan tuan, akan tetapi pandangan tuan saya hormati.

      ~semuga tuan diberkati urusan~

      *tafsir ibnu katsir oleh Al Imam Abul Fida Isma’il Ibnu Kasir ad-dimasyqik penterjemah Bahrun Abu Bakar H. Anwqr Abu Bakar cetakan pertama ; 2000*..

  4. inspigoblog says:

    Sdr Selamat,

    Saya amat berhati-hati apabila merujuk kepada TAFSIR. Pada mula perjalanan saya cuba memahami Quran, saya juga mengunakan TAFSIR. Namun saya dapati terdapat banyak percanggahan diantara apa yang saya alami dan apa yang ditafsir. Selepas itu saya berpindah kepada TERJEMAHAN. Mula-mula dengan satu terjemahan kemudian merujuk kepada pelbagai terjemahan khususnya dengan ayat atau istilah yang jadi sangsi. Itu jadi amalan saya. Dengan adanya GOOGLE ia lebih mudah.

    Quran amat ajaib serba lengkap dan saintifik. Setiap istilah ada penjelasannya dan takrifan yang terkandung didalam QURAN sendiri. Takrifan nya konsisten jadi ia tidak bolih diubahubah olih sesiapa pun. Seorang pentafsir mentafsir mengikut fahamannya yang terhad dan tidak semestinya betul. Namun kesilapan senang dikesan sikiranya kita rujuk kepada ayat-ayat lain. Jadi jika disatu ayat TA’AT itu maknanya akur disatu ayat, tiada istilah lain yang bolih menyanggah nya.

    Mohon pencerahan, bolihkah saudara beri contoh PERINTAH nabi?

    Allah telah menjanjikan QURAN itu mudah. GURUnya adalah ALLAH sendiri.

    sila baca surah ankabut labah-labah
    “Who is more evil than one who fabricates lies and attributes them to God, or denies the truth when it comes to him Is there not a place in Hell for the rejecters”

    • selamat says:

      Baik lah tuan saya akur tuan kurang menerima tafsiran daripada rujukan yang saya beri atas alasan yang tuan sebutkan tadi;

      Telah Tuhan ingatkan kita sewaktu memahami arti Al-quran dengan Firman Allah; ‘Āli `Imrān;7

      Bismillahirohmannirohim…

      Dialah yang menurunkan kepada kamu Kitab (al-Qur’an) di dalamnya ayat-ayat yang jelas (tidak mengandungi arti samar”muhkamat”) itulah ibu/pokok kitab (al-Qur’an) dan yang lain (ayat-ayat) yang mengandung arti yang samar lalu adapun orang-orang yang didalam hati-hati mereka kecenderungan (pada kesesatan) maka mereka mengikuti apa (ayat) yang masih samar-samar daripadanya untuk mencari fitnah (kekacauan) dan mencari-cari penafsirannya (yang salah) dan tidak ada (yang) mengetahui penafsiran (ayat-ayat mutasyabihat) kecuali Allah dan orang2 yang mendalam/kuat dalam ilmu mereka berkata kami beriman kepadanya (ayat-ayat) semua (ayat) dari sisi Tuhan kami dan tidak ada yang (dapat) mengambil pelajaran kecuali orang2 yang mempunyai akal dan hati yang bersih.
      – terjemahan Quran per-katan Dr Ahmad Hatta, Ma

      semuga kita semua tidak digolong dalam orang yang “kecenderung(pada kesesatan)” dan dilingkungkan Allah dalam orang yang berakal dan berhati bersih…
      —————————————————————————–
      berkenaan pendapat tuan,

      Pada pendapat saya TAAT perlu tiga unsur
      KUASA olih PENGUASA
      PERINTAH yang dikeluarkan
      Tindakan AKUR olih pengikut

      setelah memikirkan semula teori tuan ini saya kini mempersetujui nya 100%

      Cuma saya ingin memperbetulkan pendapat tuan yang Nabi Muhammad SAW sewafatnya beliau , beliau tidak mempunyai authority/kuasa olih penguasa

      kita Mentaati Nabi Muhammad bukan lagi kerana beliau seorang UlulAmri atau Penguasa bagi kita yang hidup 1500 tahun selepas kewafatan beliau . Kerana seperti tuan kata kan beliau sudah kehilangannya sewaktu beliau wafat dan tempat beliau sebagai ululamri diganti kan dengan orang lain.

      Akan teteapi diingatkan disini beliau dilantik sebagau Rasul umat akhir zaman, yg membawa maksud tergolonglah kita. Allah tidak pernah mengambil status Rasul dari beliau sewaktu sakaratul maut beliau. Kalaw diambil mestilah pangilan beliau perlu disesuai kan seperti “nabi dan rasul bersara Muhammad SAW”..oleh itu Arahan/perintah yang beliau pernah buat sewaktu hayat adalah terus effective dijadikan hukum-hakam kerana beliau adalah tetap rasul kita dan tiada orang lain yang menggantikan nya. Dan beliau akan terus memegang title Rasul ini. Kerana Authority beliau sebagai Rasul di berikan oleh Allah swt yg terus berkuasa sekalian alam dan beliau bukan diangkat oleh penyokong manusia sebagai Rasul. Oleh itu hukum dan batas yang disebutkan beliau sebelum wafat ditaati.

      betolkan tidak pernah ada nabi dan rasul yang tindak menjadi/berstatus nabi dan rasul setelah wafat.
      *please exclude hj Kaha n ayah pin*

      —————————————————————————

      sekian itu saja dari saya..

      ~semuga tuan dirahmati dan jawapan saya memuaskan hati tuan~

  5. inspigoblog says:

    saya tertarik dengan fahaman Sdr “Akan teteapi diingatkan disini beliau dilantik sebagau Rasul umat akhir zaman, yg membawa maksud tergolonglah kita. Allah tidak pernah mengambil status Rasul dari beliau sewaktu sakaratul maut beliau.”

    apabila sesuatau kaum atau golongan mengasihi seseorang adalah biasa mereka tidak percaya dia telah mangkat atau wafat. Kalau bolih kuasa diteruskan. Contohnya: Tun Razak, hingga anaknya dinobat jadi MB pada umur 28 tahun setelah dia meninggal dunia. Contoh lagi yang paling dekat dalam budaya Melayu ialah Hang Tuah kerana ada tahyul yang dia tak mati.

    Cerita yang sama berlaku pada gautama Budha. Pengikutnya mahukan dia masih hidup hingga akhirnya dijadikan patung budha, walaupun saya percaya sidharta sebenarnya seorang Rasul dapat wahyu Allah.

    Semasa Isa a.s hidup, pengikutnya tiada beza dengan umat muhamad. Mereka Muslim dan percaya Isa itu nabi. Namun apabila Baginda wafat, mereka tak percaya dan jadikan ia anak tuhan.

    Fahaman saudara tidak ada beza dengan contoh diatas dan amat berbahaya. Sekiranya berlaku pada kaum lain ia bolih berlaku pada manusia sekarang.

    Satu contoh taat didalam Quran adalah dalam surah AS-SABA. (34:12 hingga 14) Bagaimana Jin taat kepada Nabi Sulaiman. Mereka masih patuh kepada baginda selepas baginda mati kerana dia masih berdiri berpegang pada tongkat. Akhirnya ketaatan itu berakhir apabila cacing tanah memakan tongkat dan jasad baginda tumbang, mengakibatkan jin terus tidak patuh kepada perintahnya.

    Kesimpulanya, Muhammad seorang Rasul, tiada boleh dibezakan dengan rasul-rasul lain ( surah albaqarah ) dan dia telah wafat. tiada lagi perintah baru yang dikeluarkam\n. Segala perintah Allah dan diucap olih beliau telah terkandung dalam QURAN.

    • hj ahmad salam says:

      Nabi suliman bukan nabi terakhir. Ada Nabi lain pengantinya selepasnya. Berbeza dengan Nabi Muhammad Nabi akhir zaman hingga kiamat tiada nabi dan rasul selepas nya. Hadis sunah yang ditingalkan semasa hayatnya releven sepanjang zaman.
      Tidak ada hadis baru lagi yang di keluarkan setelah kewafatannya.

  6. hj ahmad salam says:

    Jin pada zaman nabi sulaiman itu bukan Taat sebenarnya, pada Nabi Sulaiman. Jin itu cenderung kerana takut dan dipaksa oleh Nani Sulaiman.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: