DOA TERBAIK UNTUK TOK GURU NIK AZIZ dan juga DS Najib atau sesiapa – Doa seribu Undi

Nota; didalam kehangatan polimik dan kecelaruan doa Tok Guru Nik Aziz,  dan didalam pergolakan perpecahan orang Islam di Malaysia saya telah mengarang satu doa, yang bolih digunakan olih kedua pihak yang bermatlamat untuk membentuk kerajaan di Malaysia. Orang biasa seperti saya  yang tidak punyai parti politik punya harapan agar walau apapun perbezaan antara kita, kita boleh bersatu dibawah Keimanan dan ketaqwaan. Mudah dan saya yakin ia boleh kerna ketaqwaan ity amat mudah dan amat dikehendakki oleh semua

Ya Rabb ul Azim

Ya Razak

Ya Malik

YA Rahman

Ya Rahim

Ya Wakil

Ya WaliYa Sultanul AZIM

Kepada mu ya Allah kami berserah kepada mu kami mohon pertolongan

Kurniakanlah  kesejahteraan dan keamanan kepada negara kami,

Kurniakanlah Keafiatan dan kebahgian kepada keluarga kami dan kepada diri kami.

Apunilah dosa kami Ya Allah khususnya kepada dua ibu bapa kami.

Ampunilah kami  ya Rahim , kerana gagal menyejukan hati dan mata ibu bapa kami.

Kurniakan hidayah dan Jadikanlah kami Ya Allah pemimpian yang bertaqwa, Jadikan kami  pemimpin kepada orang yang bertaqwa seperti doa ibu kami, doa bapa kami.

Berikanlah petunjuk dan hidayah kepada  rakyat Negara kami untuk mengamanahkan kami dan parti kami dengan tampok pemerintahan negeri yang tercinta ini. Pilih lah kami, pilih lah kami

Kurniakan lah kami kemudahan ya Allah  dalam usaha kami mencari kemenangan ke Putra Jaya . Ya Allah kurniakan kami  Putra Jaya. Kurniakanlah kami Putra jaya

Engkaulah jua ya Allah yang menentukanNya

Namun Ya Allah, Walau bezapun ideologi kami, walau beza UMNO ( atau PAS) dengan kami, walau beza  kecenderungan UMNO ( atau PAS) dan kami, satukanlah kami dalam keimanan

satukanlah kami dalam ketaqwaan.

Kami akur akan perintah mu ya Allah walauapa perbezaan kami, sesunngguhnya orang Islam itu bersaudara

Kami percaya ya Allah janji janji Mu

Bahwa kemenangan itu pasti pada yang Sobar, yang teguh, yang tegar, yang tahan yang tekad, yang Tetap , yang tidak zalim, yang taqwa

YA Malik Ya Malik Ya Malik, Ya Malikul Qudus, YA RABB ul alamin

Engkau lah Sultan segala Sultan Engkaulah Raja segala Raja HANYA KEPADAMU kami serahkan jiwa raga Dan keimanan kami

Berikan kami Amanah itu Ya Allah berikan lah Amanah itu Ya Allah

Jangan lah kau berikan Amanah itu kepada Umno BN, jangan lah berikan Amanah itu kepada Umno BN Y a Allah

Walau apa pun Ya Allah berikan keamanan Dan kesejahteraan Dan keberkatan kepada negara kami

Walau apa ya Allah Satukan kami dalam ketaqwaan

Walau apa pun Ya Allah jangan dihilangkan pegangan kami di Alor Star pegangan kami di Kota Baru malah apa kiranya kau berikan kami Ipoh Dan johor Baru. Jangan kau ambil semua itu Ya Allah

Walau apu pun Ya Allah matlamat kami adalah keredhaan mu, matlamat kami adalah Syurga mu,

Astaghfirullah, astaghforullah, astaghfirullah kami sedar Ya Allah kehidupan dunia ini adalah cabaran, kehidupan ini adalah sementara, Putra jaya hanyalah tanggungjawab kami,  Putra jaya hanyalah tanggungjawab duniawi kami, syurga mu  itu sebenarnya matlamat kami.

Kami bertawqqal Dan berserah kepada mu Ya Allah. Apa jua yang kami rancang apa jua yang kami usaha, kami akur akan rancangan mu, kerana Mu sahajalah sebaik-baik perencana. Kurniakanlah yang terbaik bagi kami

Amin amin alhamdulillah rabbul alamin

Esham 74 s

Fajar 22 November 2012

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: