Muntahan berbisa dari Mimbar

Saya hampir angkat punggung untuk  keluar tinggalkan Jumaah semasa Khatib membaca khutbah semalam.

Saya merasakan  khatib telah memesongkan para Jemaah dengan pandangan sempit dan rasis nya. Jelas dia anti Yahudi dan mimbar digunakan  untuk menyebarkan prejudisnya.

Tajuk khutbah memang kena pada keadaan semasa: Palestin. Tidak pelik.  Khatib seperti politikus, artis, agamawan berhujah dan berkempen memperjuangkan Palestin dengan ceramah lagu  dan puisi. Bahayanya ialah apabila ia  diselitkan fahaman chauvinis dan rasis  yang mengelapkan fikiran manusia.

Tugas Imam atau ketua memimpin Jemaahnya dari kegelapan ke penceraha,  dari bodoh kepada pandai, dari jahil jadi berilmu. Namun apa yang berlaku semalam, Sang Khatib membawa jemaahnya dari medan yang terang ke gua yang gelap dari keadilan ke zaliman.

Saranan untuk memboikot barangan itu dan ini telah biasa kita dengar. Jemaah pun telah lali. Ramai yang  tahu bahawa saranan tersebut tidak berkesan.  Namun  saya tak bermasaalah dengan saranan  sedemikian diatas dasar kuasa beli dan bebas memilih.

Tetapi Khatib melampaui kesusilaan apabila menyatakan bahawa darah Yahudi itu Halal. Khatib memesongkan jika dikatakan  dunia perlu dibersihkan  daripada Yahudi sebelum kiamat. Ketika itulah tergerak hati untuk angkat punggung. Namun saya terus duduk kerana terfikir yang kehadiran saya di Masjid bukan kerana Khutbah tetapi kerana Allah.

Apa bezanya fahaman sedemikian dengan Zionis yang dimusuhinya?  Apakah dia jahil perbezaan Yahudi dan Zion.? Tak tahukah dia ada Yahudi yang Muslim?

Tiada bezanya beliau dengan mereka yang telah disogok dengan fahaman bahawa darah Arab itu halal, bahawa keringat Arab itu keringat hamba, Palestin itu tanah Yang dijanjikan Hashem,  bahawa membebaskan Israel dari Arab adalah tugas mulia tertulis dalam Torah dan Talmud.

Malangnya  jemaah terus disedut kedalam lembah perkauman yang jijik yang tiada kesudahan. Salah siapa? Dalam kes yang saya alami semalam ia  salah mereka yang ditugas memanggil kepada kebaikan, memanggil manusia kepada pencerahan, salah agamawan yang benarkan dirinya jadi alat politik dan gunaan pemegang kuasa.

15 Responses to Muntahan berbisa dari Mimbar

  1. Hamba Allah says:

    Empunya Blog,

    Yahudi adalah agama walhal Bani Israel adalah bangsa. Jadi terdapat perbezaan disitu. Kalau seseorang itu sudah Yahudi maka dia dikira menganut agama tersebut tetapi berlainan pula dengan Bani Israel. Perlu diberi perhatian disini, tidak semua Bani Israel adalah Yahudi kerana mereka adalah bangsa, terdapat juga Bani Israel menganut Islam. Saya harap tuan faham akan hal ini.

    Umat Islam diwajibkan berperang jikalau mereka diperangi seperti yang tertera dalam ayat Al-quran 2:190. Umat Islam itu bersaudara seperti yang tertera dalam ayat Al-quran 49:10. Hal ini bermakna jikalau umat Islam yang lain ditimpa masalah maka kita diwajibkan membantu umat Islam tersebut. Buat masa sekarang Zionis yang terang-terangan beragama Yahudi telah memerangi saudara seislam kita di Palestin dengan merampas hak mereka. Kita mungkin tidak membantu dari segi persenjataan tetapi kita dapat membantu dengan melumpuhkan ekonomi Zionis tersebut dan mengisytihar perang psikologi terhadap mereka. Mungkin Imam tersebut terlalu ekstrim tetapi cara dia tidak mendatangkan kemudharatan kepada umat Islam. Umat Islam WAJIB membunuh org-org kafir kerana mereka menentang Islam tetapi umat Islam WAJIB melayani org-org bukan Islam dengan adil kerana mereka tidak menentang Islam seperti yang tertera dalam ayat Al-quran 4:105. Oleh itu, saya berharap agar tuan tidak menghukum seseorg itu hanya berdasarkan emosi tuan tetapi tuan berfikir secara rasional dalam hal ini dan lagi satu mengutuk org lain itu adalah satu dosa disisi Allah, tuan kalau nak menulis sesuatu itu janganlah hanya berdasarkan emosi dan logik akal tuan. Maaf kalau tersinggung.

    Dari,
    Hamba Allah

  2. inspigoblog says:

    Saya tak bermasalah jika dikerah bantu mereka yang berperang terhadap Israel dan Zion. Tetapi jika dihalalkan darah Yahudi kerana dia Yahudi itu masalah besar. Apa bezanya fahaman tersebut dengan yang dimusuhi yang lihat Islam sebagai halal dibunuh keran 9/11? Padanlah Islam diburu kerana ada pengikutnya yang letupkan diri bunuh orang yang tak berdosa.

    Syarat perang dalam Alquran amat jelas dan mudah (22:38 hingga 41)

    Truly God defends those who believe. Truly God loves not every disbelieving traitor. Permission is given to those who are fought because they have been wronged. Surely, God is able to give them victory—those who have been expelled from their homes unjustly only because they said: “Our Lord is God.” And if it were not that God repelled some people by means of others, then monasteries, churches, synagogues, and mosques, wherein the Name of God is mentioned much would surely have been pulled down. Verily, God will help (Al-Hajj 22:38-41)

    Kalau tak gunakan logik dan berfikir muntah pun kita akan katakan bariani kambing atau unta. Mungkin ada yang berharap untuk kuat macam Badang selepas makan muntahan jin.

    Surely the worst of beasts in God’s sight are those that are deaf and dumb and do not reason. (8:22)

    I am not going to allow some racist to define my religion.

    • Hamba Allah says:

      Ya, itu memang saya setuju dengan statement ‘I am not going to allow some racist to define my religion.’. Islam melarang umatnya untuk berlaku racist terhadap orang bukan Islam tetapi Islam tidak melarang umatnya untuk membunuh kaum Kafir yang menentang dan menghalau mereka daripada tanah air mereka.

      Kalau dilihat dalam sejarah, negara Israel tidak pernah wujud dalam dunia. Bani Israel itu adalah bangsa yang tidak diterima di mana-mana tamadun kecuali Tamadun Islam. Kerajaan Islam dahulu-kala sedia menerima dan melindungi mereka sedangkan Tamadun Rom membunuh dan menghalau mereka tetapi lihat sekarang apa yang jadi? Mereka datang ke Palestin dan membuat tuntutan bahawa Palestin itu adalah tanah air mereka sedangkan Palestin itu adalah hak umat Islam. Cuba lihat di link ini (http://gimmebucks.asia/tafsir/ayats/search/page:1?q=bani+israel), betapa teruknya Bani Israel, tidak ada satu ayat pun yang memuji Bani Israel, jika ada, sila berikan ayat tersebut.

      Apakah kita masih menerima Yahudi itu sebahagian daripada Tamadun manusia ini sedangkan mereka adalah golongan yang sentiasa melakukan kerosakan seperti dalam ayat Al-quran 4:46? Racist tidak ada dalam Islam tetapi mempertahankan hak umat Islam itu lagi penting daripada membuat kenyataan ‘I am not going to allow some racist to define my religion.’.

      Dalam hal ini, Imam itu juga salah kerana cuba menanam sifat benci daripada sifat kasih sayang. Jikalau tuan menegur Imam itu secara baik dan penuh beradab, in-sya-Allah, Imam itu akan mendengar nasihat tuan. Setiap manusia melakukan kesilapan dan dengan melihat atau mendengar kesilapan itu, kita tidak perlu mengutuk dia, kita tidak perlu mempertahankan prinsip kita, apa yang perlu kita lakukan adalah membetulkan apa yang salah dan bermunasabah diri jikalau diri kita sendiri melakukan kesalahan.

      Maaf kalau tuan tersinggung. Jazaka-Allah

      Daripada,
      Hamba Allah.

  3. Ipoh says:

    Nama surah 17 adalah “Bani Israel” tapi benci (Rasis) punya pasal, diaorang sanggup pandai-pandai bagi nama lain Al-Israk. Apa sebenarnya makna Israk? Tuan Blog ada ke perkataan “Israk” dalam surah 17?

    [17:1] Most glorified is the One who summoned His servant (Muhammad) during the night, from the Sacred Masjid (of Mecca) to the farthest place of prostration,* whose surroundings we have blessed, in order to show him some of our signs. He is the Hearer, the Seer
    [17:2] Similarly, we gave Moses the scripture, and rendered it a beacon for the Children of Israel that: “You shall not set up any idol as a Lord and Master beside Me.”

    17:1 “The Aqsa Masjid” means “the farthest place where there is prostration,” many billions of Light Years away. This verse informs us that Muhammad, the soul, was taken to the highest Heaven to be given the Quran (2:185, 44:3, 53:1-18, & 97:1).
    Diberi perintah sembahyang atau diberi Quran?
    Clue di ayat kedua – “similarly”

    Kalau ikutkan ayat 1 Surah 17, ada dua point of travelling sahaja, Masjidil Haram ke Al-Aqsa (tempat sujud yang paling jauh atau kadang-kadang di rujuk sebagai langit ke tujuh). Ada clue yang di beri tuhan akan kedua tempat ini – “whose surroundings we have blessed”.

    Tapi kalau ikut Islam Malaysia, ada dua perjalanan meliputi TIGA points.
    Pertama Israk – perjalanan dari Masjidil Haram (Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (Juruselam).
    Kedua Mikraj – perjalanan dari Masjid Al-Aqsa (Juruselam) ke Langit ke tujuh.
    Lihat
    http://ms.wikipedia.org/wiki/Israk_dan_Mikraj
    dan diakhir article
    http://www.mypsa-wa.org/pdf/isra_mikraj.pdf

    Sesungguhnya, Masjid Al-Aqsa di Juruselam bukanlah sebuah tempat “whose surroundings we have blessed” dari zaman Rom dulu hingga ke perang salib dan sekarang dengan konflik Israel/Palestin.

  4. inspigoblog says:

    Sdr Ipoh,

    a. Nama surah 17 adalah Bani Israel, Namun dalam banyak terjemahan ia dinamakan Isra’ mungkin kerana satu perkataan Asra’ dalam ayat 17:1. Menarik sekali ia tak dinamakan bani Israel

    b. Surah ini menyebut tentang Musa (17:2) dan seturusnya menjelaskan saatau persatu mengandungi TEN COMMANDMENTS Rukun Taqwa / Tablet/ loh seperti yang diturunkan kepada Musa. Ini persamaan din Islam

    c. Ayat ke4 menarik menceritakan kerusakan dunia yang dilakukan olih bani Israel tahap tertinggi ( walaupun di setengah terjemahan menyatakan keagungan bani israel setelah dua kali laku kerusakan didunia)

    Walaupun dengan ayat 17:4, Allah tidak menghalalkan darah bani Israel. Syarat perang dijelaskan di surah 22 seperti diterangkan diatas. Apa beza Bani Israel dengan Bani Melayu atau Bani Arab, tiada beza. Kesemuanya cucucicit Nuh yang selamat lepas bah besar (17:3)

    yang bezakan antara yang baik dan jahat ialah TAQWA. Bani Israel jika bertaqwa, tiada beza dengan Bani Melayu yang TAQWA. Begitu juga Bani Israel yang engkar dan zalim, tiada beza dengan Melayu yang zalim.

    will comment on the ascent later

    Sdr Hamba Allah,

    Link yang saudara berikan adalah keseluruhan ayat QURAN 6000+.. Didalam Alquran dibezakan Yahudi dan Bani Israel, menarikkan? Namun bila kita kaji Quran, setiap ayat itu relevan kepada kita, kita pun bolih sesat dan jahat bukan kerana kita Yahudi atau Melayu. Malangnya ramai walau pun bijak pandai tapi berpendapat “oh ayat ini tak relevan pada akau kerana akau Melayu Islam, ia dituju kpd bani Israel atau Yahudi.”

  5. inspigoblog says:

    Ipoh, interesting proposition abt jurusalem not a blessed land. You are right, it has not seen peace for along time. Surah an Nujm talks about the ascent

    • inspigoblog says:

      Kalau fokus kepada nilai dan perangai bukan kepada kaum Kita akan jadi baik, kalau kutuk kaum jadilah rasis dan perangai pun jadi macam kaum yg dikutuk malahan teruk dari mereka. Mana tak nya mereka perbaiki diri sedangkan orang yg mengutuk terlalu sibuk mengutuk hingga lupa nak baiki diri akhirnya merempat. Islam tidak rasis Dan anti manamana kaum. Islam anti perangai buruk. Kalau ikut definisi org Islam kini, semua bani Israel jahat semua Jew/yahudi jahat

    • Ipoh says:

      Surah Al-Najm atau The Star
      Ayat pertama sungguh menarik
      [53:1] As the stars fell away.*

      *53:1-18 Muhammad was summoned to the highest universe to receive this Quran into his heart. The stars fell away as he traveled through them at millions of times the speed of light. Subsequently, the Quran was gradually released to his memory.

      Mungkin lepas kita tengok video ini


      baru kita boleh appreciate gambaran “As the stars fell away”

      Lepas tengok video sekarang cuba bayangkan betapa luasnya bidang surga yang menanti mereka yang “RIGHTEOUS” (2:177) dan “suppressors of ANGER”. Sifat yang sangat berlawanan dengan semangat “darah dihalalkan”

      [3:133] You should eagerly race towards forgiveness from your Lord and a Paradise whose width encompasses the heavens and the earth; it awaits the righteous, [3:134] who give to charity during the good times, as well as the bad times. They are suppressors of anger, and pardoners of the people. GOD loves the charitable.

      • inspigoblog says:

        it is a spectacular tapestry, that the power of the creator must surpass all human understanding

        the spaceship he traveled in 1400+ years ago had a speed of millions the speed of light. Now it must be much faster

  6. Saya percaya ayat yang dikemukakan di atas adalah antara ayat Quran yang paling sering kita dengari. Melalui ayat di atas kita diberitahu kononnya orang-orang Yahudi ataupun Nasrani (Kristian) tidak akan gembira dengan kita selagi kita tidak ikut “agama” mereka. Maka kita melihat tentang perbezaan agama. Tentang jangan masuk Yahudi atau Kristian, atau tentang orang Yahudi atau Kristian cuba mempengaruhi kita supaya percaya kepada ajaran-ajaran agama mereka. Pendek kata ia berkenaan usaha meyahudikan atau mengkristiankan orang Islam. Ia berkisar tentang persaingan antara “agama”.

  7. Ipoh says:

    Mungkin ayat “you shall not sit 4:140” dan “do not sit 6:68” berikut boleh memberi wisdom kepada pengalaman “angkat punggung” Tuan Blog

    [4:140] He has instructed you in the scripture that: if you hear GOD’s revelations being mocked and ridiculed, you shall not sit with them, unless they delve into another subject. Otherwise, you will be as guilty as they are. GOD will gather the hypocrites and the disbelievers together in Hell.

    Baca keseluruhan Surah Al-Nesa FREE disini
    http://www.masjidtucson.org/quran/noframes/ch4.html#140

    [6:68] If you see those who mock our revelations, you shall avoid them until they delve into another subject. If the devil causes you to forget, then, as soon as you remember, do not sit with such evil people.

    [3:78] Among them are those who twist their tongues to imitate the scripture, that you may think it is from the scripture, when it is not from the scripture, and they claim that it is from GOD, when it is not from GOD. Thus, they utter lies and attribute them to GOD, knowingly.

    [63:4] When you see them, you may be impressed by their looks. And when they speak, you may listen to their eloquence. They are like standing logs. They think that every call is intended against them. These are the real enemies; beware of them. GOD condemns them; they have deviated.

  8. inspigoblog says:

    thank you for pointing out ” thou shall not sit”, powerful command indeed. The condition set is IF HIS REVELATION IS BEING MOCKED AND RIDICULED

    Again the challenge is to focus on the content NOT the container

    • Ipoh says:

      Sekali imbas definasi “mock” dan “ridicule” adalah membuat lawak, loyar buruk, mengejek ect ect
      (saya memang tak pandai dalam bab bahasa BM atau BI atau Arabic).
      Sebab itu kot Tuan Blog tak “angkat punggung” kerana bagi beliau Khatib tak MOCKED AND RIDICULED (tak mengejek atau memperlekehkan) ayat Quran semasa kutbah itu.

      tapi kalau kita amati makna dalam
      http://www.merriam-webster.com/dictionary/mock
      http://www.merriam-webster.com/dictionary/mockery
      http://www.merriam-webster.com/dictionary/contemptuously
      kita dapati makna MOCKED AND RIDICULED lebih serious dari itu dan ada kena mengena dengan episod yang dilapurkan oleh Tuan Blog.

      Saya lihat episod diatas tepat seperti apa yang dipaparkan dalam 2:11 dan 9:67 “they advocate evil”. (lihat lampiran ayat dibawah)
      Manakala “…..Sang Khatib membawa jemaahnya dari medan yang terang ke gua yang gelap….” menepati 2:17
      Dan kita akan jumpa perkataan “mock” di 2:14, 2:15 dan 9:65

      Diayat 2:15, Tuhan yang “mock them” pulak.
      Macammana? Mengejek, melawak… tak…. Maha Suci Dia
      Sebaliknya Tuhan mislead mereka, leads them on in their transgressions, blundering..
      sehingga mereka “syok sendiri”…
      (1) they only deceive themselves without perceiving
      (2) “Do not commit evil,” they say, “But we are righteous!”
      (3) they are evildoers, but they do not perceive
      (4) In fact, it is they who are fools, but they do not know
      Jadi bila Khatib mislead jemaahnya kepada blundering “..darah Yahudi dihalalkan…” bukankah ini boleh didefinasikan sebagai “mocking the revelation” kerana dia juga akan merujuk kepada beberapa petikan ayat Quran dalam kutbahnya?

      Berdasarkan inilah saya masih berpendapat yang Tuan Blog sepatutnya “angkat punggung” atau “you shall not sit 4:140″ dan “do not sit 6:68″
      Tepuk dada tanya selera, atau
      tepuk punggung tanya “To sit or not to sit?”.

      Apa definasi “mockers” dalam Quran –
      berdasarkan 15:96 dan 39:56 mockers merupakan mereka yang menyekutukan Tuhan dan mengabaikan perintah Tuhan

      [15:95] We will spare you the mockers,
      [15:96] who set up another god beside GOD. They will surely find out.

      [39:56] Lest a soul may say, “How sorry I am for disregarding GOD’s commandments; I was certainly one of the mockers.”

      Manakala berdasarkan narrative 2:8 hingga 2:19 dan 9:64 hingga 9:68 “mockers dan redicutor” dikiatkan dengan sifat Munafik atau Hypocrites.

      The Hypocrites
      [2:8] Then there are those who say, “We believe in GOD and the Last Day,” while they are not believers.
      [2:9] In trying to deceive GOD and those who believe, they only deceive themselves without perceiving.
      [2:10] In their minds there is a disease. Consequently, GOD augments their disease. They have incurred a painful retribution for their lying.
      [2:11] When they are told, “Do not commit evil,” they say, “But we are righteous!”
      [2:12] In fact, they are evildoers, but they do not perceive.
      [2:13] When they are told, “Believe like the people who believed,” they say, “Shall we believe like the fools who believed?” In fact, it is they who are fools, but they do not know.
      [2:14] When they meet the believers, they say, “We believe,” but when alone with their devils, they say, “We are with you; we were only mocking.”
      [2:15] GOD mocks them, and leads them on in their transgressions, blundering.
      [2:16] It is they who bought the straying, at the expense of guidance. Such trade never prospers, nor do they receive any guidance.
      [2:17] Their example is like those who start a fire, then, as it begins to shed light around them,GOD takes away their light, leaving them in darkness, unable to see.
      [2:18] Deaf, dumb, and blind; they fail to return.
      [2:19] Another example: a rainstorm from the sky in which there is darkness, thunder, and lightning. They put their fingers in their ears, to evade death. GOD is fully aware of the disbelievers.

      The Hypocrites
      [9:64] The hypocrites worry that a sura may be revealed exposing what is inside their hearts. Say, “Go ahead and mock. GOD will expose exactly what you are afraid of.”
      [9:65] If you ask them, they would say, “We were only mocking and kidding.” Say, “Do you realize that you are mocking GOD, and His revelations, and His messenger?”
      [9:66] Do not apologize. You have disbelieved after having believed. If we pardon some of you, we will punish others among you, as a consequence of their wickedness.
      [9:67] The hypocrite men and the hypocrite women belong with each other―they advocate evil and prohibit righteousness, and they are stingy. They forgot GOD, so He forgot them. The hypocrites are truly wicked.
      [9:68] GOD promises the hypocrite men and the hypocrite women, as well as the disbelievers, the fire of Hell, wherein they abide forever. It suffices them. GOD has condemned them; they have incurred an everlasting retribution.

  9. inspigoblog says:

    Thank you for giving the definition of MOCK appended herewith “Apa definasi “mockers” dalam Quran –
    berdasarkan 15:96 dan 39:56 mockers merupakan mereka yang menyekutukan Tuhan dan mengabaikan perintah Tuhan

    [15:95] We will spare you the mockers,
    [15:96] who set up another god beside GOD. They will surely find out.

    [39:56] Lest a soul may say, “How sorry I am for disregarding GOD’s commandments; I was certainly one of the mockers.”

    i hope to focus on who Bani Israel and Jews are in my understanding and write about it in future posting.. There seem to be a gross misunderstanding who they are.

    Without going into specifics, this vicious circle of violence does not seem to end. A lot of energy has been wasted because we focus too much on the container but not the content. A process of UNLEARNING and RELEARNING has to be undertaken.

    one of the things I learn is to isolate myself in the madness we sometime stumble into. Just like those youths who withdrew to the cave, we withdraw to our own cave but not for long. We bring our mind somewhere else. We do not wish to be put to sleep for hundred of years. In our case we withdraw to relook at the way it has been normally been done. The way it has been normally done without understanfding and enlighterment is the thing we need to avoid.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: