Sembelihan diRaya Haji sebagai Amalan Pengabdian ” ACT OF DEVOTION” kapada Yang Esa

Alhaj

Ayat ini  ialah ayat 34 dalam Surah Al-Haj . Ayat ini sering digunakan sebagai nas ibadat KORBAN. Pendirian saya tetap sama bahwa KORBAN itu bukan konsep Islam.

Nyata tiada perkataan KORBAN didalam ayat ini. Perkataan MANSAKAN telah dialihbahasa sebagai ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) seperti terkandung dalam alihbahasa penuh berikut;

Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya; dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat. (MUKHBITIN – yang merendah diri)

 Perkataan SEMBELIH KORBAN diberi keutamaan  walau pun nyata tiada pun disebut korban didalam bahasa Quran. Persoalan nya, adakah tafsiran/alihbahasa mansakan sebagai korban sesuatu yang betul?

Saya tiada masalah dengan sembelihan sebagai contoh Mansakan tetapi mengaitkan mansakan sebagai KORBAN adalah terkeluar darai pendirian yang ALLAH tidak mahukan dan tidak perlukan Korban, dan tidak membenarkan konsep korban dari hambanya.

Kepada yang tidak pakar Bahasa Quran, seperti saya, kaedah perbandingan dengan Alihbahasa yang lain adalah kaedah yang bolih digunakan untuk mendalami dan mencari kebenaran. Kaedah Rasional, logik dan masuk aqal.

Cuba lihat terjemahan SHAKIR seperti berikut

SHAKIR And to every nation We appointed acts of devotion that they may mention the name of Allah on what He has given them of the cattle quadrupeds; so your god is One God, therefore to Him should you submit, and give good news to the humble,

Amat menarik Manhatan diterjemah sebagai ACTS OF DEVOTIONS, amalan pengabdian dalam bentuk rituals atau majlis dan ibadat.

Nyata amalan menyerahi jiwa raga atau pengabdian  kepada Allah tidak terhad kepada sembelihan walaupun kesyukuran yang ditunjuk adalah diatas limpahan kurnia Allah dalam bentuk ternakan.

Kata seorang teman “ apa kata kita amalkan pemberian kambing atau lembu untuk diternak kepada simiskin tidak setakat untuk disembelih sahaja?”

Sabtu ini saya akan buat sembelihan sebagai amalan pengabdian/ act of devotion kepada mu Ya Allah meraikan saudara terdekat, sahabat handai dan mereka yang rapat yang tergulung dari yang merendah diri kepada mu Ya Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: