Apakah perbezaan antara Bani Israel, Warga Israel Dan Yahudi? (Israelites, citizens of Israel and Jews). Ramai yang ambil pukal bahawa Israel, yang Yahudi itu dilaknati Allah dan musuh Islam. Adakah ini betul?
Satu soalan yang mudah tetapi ramai yang terkeliru dan yang terpesong. Sebelum diperincikan satu persatu perbezaan diantara istilah diwadah yang lain, saya membincangkan disini proses pemesongan dan kesan yang besar kepada penghayatan dan kefahaman ajaran ALLAH.
Walaupun dari segi akidah kejahilan sebegitu mungkin tidak menyesatkan, ia menghadkan kebebasan pemikiran dan peluang menikmati keindahan Islam sejagat dan keindahan pehubungan antara manusia. Bukan itu sahaja kita menjadi sebahagian dari masaalah bukan membantu untuk selesaikan masaalah.
Perkara yang sebaliknya sering dipersoal: tak tahukah mereka perbezaan diantara Teroris/Pengganas, Islam, Arab, warga Saudi atau Afghan atau muslim? Sering didebat dan dirintih, malahan ramai yang tak bersalah menjadi mangsa.
Tidakah pernah terfikir, apakah kita tidak lakukan perkara yang sama sehingga khatib dimimbar pun berkhutbah Yahudi wajib diperangi, mengeluarkan hadis darah Yahudi itu halal tanpa membezakan siapa itu Yahudi, siapa itu Israel siapa itu Bani Israel. Kepada yang baru berjinak kepada Islam dah tentu keluar dengan kepercayaan Islam itu RASIS anti Yahudi, Anti semetik.
Tidakkah kita terfikir yang mungkin kita jadi mangsa mereka yang sengaja memesongkan kerana niat buruk, prejudis dan fahaman perkauman/rasis mdenebal yang diwarisi? Tidakkah kita ingat yang peperangan dan perselisihan diantara Arab Israel telah berlanjutan begitu lama, begitu juga pertelagahan Judeo- kristian-Islam yang menjangkau ribuan tahun. Tidak kah kita terfikir sedikit sebanyak kita mewarisi prejudis ini tanpa disedari dan tanpa banyak soal?
Adalah wajib kita bebaskan diri dari prejudii Ini dengan berfikir dan menyoal amalan dan kepercayaan yang diwarisi. Sekiranya kita gagal, kita hanya bolih menyalahkan diri sendiri.
Langkah pertama yang wajib dilakukan adalah berfikir menguna akal dan merujuk kepada Ibu Kitab iaitu AlQuran.
“Seburuk makhluk disisi Allah adalah yang buta dan tuli yang tak guna AQAL (8:22)”
Berhati-hati apabila merujuk kepada Terjemahan Alquran. Walaupun ia dipanggil Terjemahan, kebanyakan yang dipasaran khususnya terjemahan Melayu adalah Tafsiran. Ia menjadi tafsiran kerana diselitkan diantara ayat selalunya didalam kurungan, fahaman sipentafsir. Terjemahan yang lebih tepat adalah “word by word” atau yang literal, atau terjemahan istilah dan perkataan satu persatu.
Kepada umat melayu yang menguasai bahasa Inggeris, risiko salah tafsir berkurangn kerana terdapat puluhan Terjemahan. Dimanamana timbul sangsi, perbandingan dibuat malahan terdapat kemudahan untuk mengkaji hingga ke kata pokok dengan mudah.
Didalam Tafsiran beginilah Terjemahan yang salah dibuat, walau tidak sengaja diselitkan prejudis dan fahaman yang diwarisi penterjemah. Kita ambil contoh ayat berikut
An-Nisa (4:53) Patutkah ada bagi mereka (Kaum Yahudi itu) sesuatu bahagian dari kekuasaan memerintah? (Tidak, bahkan kalau ada) maka sudah tentu mereka tidak akan memberikan sedikitpun kebaikan kepada manusia.
Bagaimanapun bila kita rujuk didalam ayat asal, kita tidak berjumpa pun perkataan YAHUDI didalamnya.
مْ لَهُمْ نَصِيبٌ مِّنَ الْمُلْكِ فَإِذًا لَّا يُؤْتُونَ النَّاسَ نَقِيرًا
Am lahum naseebun mina almulki fa-ithan la yu/toona alnnasa naqeeran
dimana perkataan Yahudi? sah tiada namun diselitnya Yahudi
Bukankah ini satu penafsiran yang salah? Didalam konteks ayat ini dari ayat 4:50 hingga 4:54 tiada pun disebut istoilah yahudi. Kumpulan yang dirujuk adalah orang yang mencipta dusta keatas Allah, sebagai contoh kaum atau kumpulan manusia yang telah menerima kitab yang mempercayai tahyul dan menyembah makhluk lain, memilih sebahagian dan tak mengendahkan yang lain.
Bukan kah dengan mentafsir sedemikian kita telah membidaah quran Allah? Bukan kah ayat ini bolih merujuk kepada sipembaca, KITA?
Bandingkan pula dengan terjemahan bahasa Inggeris untuk ayat yang sama “Or have they a share of dominion? Then , they would not give the people the speck on a date seed”
Adakah mereka telah diberi kongsi kuasa alam? Jika diberi tidak akan mereka beri kepada manusia lain walau selaput dibiji kurma
Jauh sekali beza terjemahannya dari dua punca berlainan.
Cara terbaik yang bolih kita lakukan khususnya yang baru berjinak memahami AlQuran adalah dengan tidak membaca apa yang terkandung didalam kurungan supaya kurang risiko salah erti. Juga usaha untuk merujuk kepada Terjemahan lain untuk mengelak salah terjemahan.
Kepada Allah juga kita pohon Hidayah dan dia jugalah yang dapat lindungi kita dari syaitan yang direjam.