Maal Hijrah, Hari Pembebasan – Menyahkan Stereotaip Melayu kuno Usman Awang

Catatan Inspigob:  Sempena Maal Hijrah, hari pembebasan dari kezaliman, chauvanisma, kongkongan, status quo, kejahilan, inspigob memaparkan semula  dua tulisan bertema pembebasan minda melayu dari penorowongan, menyahkan stereotaip Melayu usman awang. Pertama kali dipapar pada April 2006.

Saya berpendapat, Sajak Usman Awang MELAYU, satu stereotaip bangsa yang tidak adil, berprejudis dan tidak boleh dimaafkan. Sajak ini merendahkan martabat beliau sebagai Sasterawan Negara anugerah itu sendiri dan mereka yang terlibat dengannya.

Dari sudut  andaian terbaik, ia mencerminkan kekecewaan – a frustrated man. Nukilan seorang yang tidak berdaya yang hanya boleh berpuisi melaungkan semula pandangan antimelayu penjajah dan kaum pendatang. Usman Awang mengulangi semula kata-kata yang didengarnya semasa melakukan bit atau rondaan hidup.

Agen provocatuer? Beliau bukan Mahathir Mohammad.

Pandangan beliau mungkin tipikal anak SEDILI yang dijajah yang mempunyai perspektif yang terhad. Sememangnya spesis Melayu a la Usman Awang ramai yang kita jumpa melaungkan segala yang negatif tentang Melayu. Satu Bangsa agung tidak dibina berasaskan kecacatan. Walau apa bangsa apa pun, seorang penyair atau pemikir agung tidak akan menstereotaipkan satu bangsa atau kaum. Amalan sejagat, pandangan perkauman dan prejudis datang dari minda kerdil dan berterowong.

Sajak Usman Awang tidak membantu membina bangsa. Seharusnya pembinaan bangsa memahat ciri ciri unggul mendifinasikan Melayu secara positif dan menangani sikap buruk secara spesifik dan berhemah. Jangan kerana dibuai kata kata indah, kita menghalalkan kaedah yang salah.

Usman Awang dan sajak MELAYU nya  tidak layak diberi penghormatan kerana sikap fatalistiknya dan negatifnya.

Mungkin beliau menceritakan masyarakat Melayu Kuala Sedeli. Anak Jawa diBatu Pahat dan Sabak Bernam, sudah tentu tidak setuju disekongkolkan dengan sesuatau yang negatif sedang ia bertungkus lumus membanting tulang membuka sawah dan ladang. Begitu juga Mamak dan mualaf yang tidak berpeluang mewarnakan persepsi apa itu Melayu.

Sajak ini membolehkan kita mengenal kecacatan pemikiran sebahagian daripada Melayu, yang malangnya berada dan diterima  arus perdana sehingga satu sajak prejudis pun diagungkan.

Kejayaan hanya boleh dibina melalui kejayaan. Sesuatu yang berprejudis akan menghalalkan dan meneruskan penindasan bangsa. Penindasan tidak semestinya datang dari luar dan berbentuk fizikal atau ekonomi. Didalam puisi ini, dengan lentuk dan buaian bahasa,  minda melayu dipasak dengan kecacatan dan bukan asas jatidiri, keyakinan,

Apakah salah nya anak Melayu, sejak kecil dibebankan dengan handicap olih prejudis Usman Awang? Mindanya akan terus tertindas kerana puisi ini mengapikan prejudis antimelayu yang memang sentiasa ada. Hingga kini mereka maseh tertanya-tanya kenapa anak melayu pasif, kurang keyakinan diri, lebih  mengutamakan bentuk dari isi.

Menara pencakar langit tidak dibina berlandaskan cerucuk yang rapuh.

(Sila lawati https://inspigoblog.wordpress.com/2006/04/21/membina-maknusia-melayu-1-mengenal-melayu/ untuk melihat komen yang terkumpul)

8 Responses to Maal Hijrah, Hari Pembebasan – Menyahkan Stereotaip Melayu kuno Usman Awang

  1. CATWOMAN says:

    C
    ongrats for your 10,000 hits!!! Continue writing. I’ve enjoyed picking your brain

  2. pezze says:

    Sasterawan Negara. What an honour. Is this an honour for poetic prowess or is it an honour for contribution to literature. Maybe both.

    Having read the excerpt from the previous blog again and the multiple comments, I’m convinced that yes, he is a laureate for the poetic and literary prowess.

    Yes, it is “mengasyikkan”. One has to remember however that poetry is an expression of the heart. An expression of the heart is also how one sees oneself. And in this case I would believe that is how Usman Awang saw himself, his self image, as well as his “Malay” image.

    Agreeably or arguably, the Malays (I use this word always very loosely to collectively describe people from the Malay Archipelago) today are not at our very best. Yes, in many areas we are behind and to a certain extend maybe WWF should classify the Malays as “endangered species”, maybe we are about to be extinct or gone even though the fabled Hang Tuah said “Tak Melayu Hilang Di Dunia”.

    A book by Dr Maxwell Maltz – Psycho Cybernetics, touched on the subject of self image. Self image is how we see ourselves, or in this case how Usman Awang saw himself. We will act or perform daily as we see ourselves. That is proven.

    And how we see ourselves to a large extend is conditioned into us by our daily encounters. Our family, our society, our schools etc. Why I say to a large extend? Because Dr Maltz also wrote that we can stop that extend. Only we ourselves can allow how far the conditions and situations around us to affect us. We can decide to either simply react or respond and behave positively. We can’t respond positively if we wallow in self pity.

    Eleanor Roosevelt said that no one can make you feel down but yourself. And if Victor Frankl allowed himself to wallow in the self pity that he felt when he was in Auschwitz, we won’t have his brilliant psychological observations today.

    As for the Malays, you love to dwell in self-pity don’t you? Do you know why Mahathir said he gave up? It’s because of this. Now, I’m not a big fan of Mahathir either but in this instance he is so right! You are also so feudalistic. Blind followers.

    That is to me the main cause for the fall of the Malay empire or whatever it was during the Malaccan Sultanate, the entry of British into Tanah Melayu and so on. We can see a pattern repeating over and over again.

    Now we can see people bending backwards to support Abdullah Badawi. They never learn. We were thought the history of Hang Tuah and Hang Jebat in school yet we never learn.

    Now, as for the comment on Singaporeans, Singaporeans should thank one man whether they like it or not. One man by the name of Lee Kuan Yew removed his Anglicised first name, tuned and fine tuned his belief and his ways, grabbed Singapore by the throat and shove it to civilisation.

    Did Lee wallow in self-pity? Did the Singaporeans whom he grabbed by the throat wallow in self-pity? Some did and yes, he kicked them out or put them in some facility somewhere. His believe is simple, you swim or you sink and be eaten by the sharks. Did he say anything like, “oh, my great grandparents travelled here from Guangzhou (or wherever), now we are coolies at the docks and nothing to look forward for…..”. Agreeably he pushed the Singaporeans forcefully forward. Some say it is easier for him as Singapore is a small country. Yeah, sure, so how big Brunei is?

    What is heartening however, there are many of us Malays today who realised this. We take stock of our position and situation today. We looked back to our rich heritage and history. We learned from history, of who we really are. I for one realised that, hey! we were not born farmers. We were merchants. I also learned that we were so feudalistic, so, kick that ideology out. Sting sang “History Will Teach Us Nothing”. Sorry Mr Sumner, I disagree with you.

    So fellow Malaysians, extinguish this stereotype from your psyche. Or other stereotypes for that matter. With this we remove our prejudices and chauvinism. That’s the only way forward.

    OI MELAYU!! YES. ENGKAU MELAYU MAKAN BELACAN!! YA, AKU PUN MELAYU MAKAN BELACAN!!! APA, CINA PUN MAKAN BELACAN APA??!!

    So what, gitu loh….

  3. Hayama@8885 says:

    Sememangnya ada maksud yang tersendiri, mendalam, dan puitis dalam sajak “MELAYU” yang ditulis oleh Sasterawan Negara Usman Awang. Saya tertarik dengan pandangan ‘Satu Bangsa agung tidak dibina berasaskan kecacatan’ ianya sememmangnya menampakkan bahawa bangsa melayu itu satu bangsa yang sememangnya gah dan tinggi martabat. Tetapi jika dilihat dari sudut sejarah sebuah bangsa agung yang dibina atas asas yang kukuh teguh juga musnah atau lebih tepat lagi lingkup kerana asas yang kukuh bukan jaminan selamatnya sesuatu kaum atau bangsa jika nilai dan pegangan serta amalan murni yang menjadi asas kepada pengukuhan itu tidak dipelihara malahan hingga ada yang menegur juga tidak mahu dipandang malahan dikeji.

    penyajak tidak akan sewenang wenagnya menulis sesuatu atau bait kata dalam pemikirannya melainkan setelah dia mengkaji sendiri apa yang hendak ditulisnya. dan sememangnya tulisan itu kadangkala mencerminkan bahawa dia kecewa dengan senario yang bermain dalam dunia semasa. Tidak perlu menjadi sesesorang yang lain untuk menegur orang lain. Cukuplah dengan hanya menjadi diri sendiri dan yang paling pentingnya ikhlas. Apakah kita sebagai bangsa melayu hanya ingin mendengar PUJIAN? Hanya ingin mendengar tentang sesuatu yang BAIK sahaja? Bukankah untuk berjaya kita harus meneliti keburukan diri kita sendiri? Bukankah untuk berjaya, kita harus bertanya? Bertanya supaya segala kekuranagan diri kita dapat kita singkap. Dapat kita perbaiki. Apa nak jadi jika kita cepat melatah memandang serong teguran dan pandangan orang lain. Bukankah kita ini hidup sebagai cermin? Cermin yang berfungsi membalikkan wajah sebenar kepada orang lain. jadi semestinyalah kekurangan itu dapat dilihat jelas dari kacamata umum berbanding kita sendiri.

    Usman Awang juga MELAYU. Dia sendiri membawa nama MELAYU itu hingga akhir kalam. Jadi, mustahillah bagi beliau untuk prejudis terhadap Melayu. Dan disebabkan itulah beliau dapat melihat dengan jelas kepincangan yang sedang, akan, dan telah berlaku dalam masyarakat yang mana beliau sendiri adalah anggotanya, jadi semestinyalah beliau ingin sekali membantu membina bangsanya sendiri. Kita tidak perlu melihat dari sudut negatif kerana ada kebenaran disebalik kata puitis dan penuh sindiran itu. Seandainya kita takut dengan teguran yang ‘makan dalam’ bermakna kita sendiri tidak mahu membantu diri kita dan bangsa kita untuk maju.

    Orang yang berfikiran luas pasti dia sendiri melihat sesuatu itu dari akar umbinya, bukan hanya melihat luaran dan keadaan yang tenang. jadi benarlah sajak ini akan membolehkan kita mengenal kecacatan pemikiran sebahagian daripada Melayu, dan dari situ lah kita harus berusaha mengubahnya. Dan itu sifat orang yang ingin berjaya dia tidak akan berjaya sendiri tetapi berusaha membangun bersama. Kejayaan tidak sesekali boleh dicipta dengan kejayan. Kejayaan dicipta setelah menempuhi kegagalan. Walaupun kegagalan itu sedikit. jika semuanya berjalan lancar ianya bukanlah sesuatu kejayaan mutlak kerana tiada konsep pembelajaran dan kejaayan itu tidak mungkin akan berkembang. Adakah kita bangga dengan kejayaan yang tersedia didepan mata atau kita bangga dengan kejayaan setelah berusaha kuat?

    Mustahil bagi seseorang itu ingin menghancurkan bangsanya sendiri meprovok sekaligus membobrokkan. Ianya mungkin benar kalau mereka itu Dato’ Mendeliar atau si-Kitul semasa kejatuhan empayar Melayu Melaka (itupun kalau mereka berdua itu MELAYU). Oleh itu kita harus menerima sebarang teguran secara terbuka walaupun kadangkala teguran itu membengkakkan telinga. “Kullu Haq Walau Kana Murran” mafhumnya- Katakanlah kebenaran walaupun PAHIT sekalipun-

    Kita tidak mahu pasif. Kita tidak mahu ketinggalan. Maka kita juga seharusnya bersedia untuk belajar menerima teguran sekaligus belajar untuk membetulkan diri. Dan janganlah hanya pandai melenting kerana seseorang yang tidak bisa menerima teguran itu sendiri adalah mereka yang berada dalam kolong kesempitan minda yang teramat. Mereka lebih suka didodoikan syair dan gurindam agar jiwa tenang dan boleh tidur dengan nyenyak, tetapi takut menerima kebenaran.

    Dengar-dengarkan lagu ”Syair Cak Kun Cak” nyanyian Dato’ S.M. Salim dan M. Nasir

    Hayama,
    KPMIM ’07

  4. inspigob, bapak mooke says:

    siapa itu di cermin?
    itu saya hayama
    hayama berani jika bersalah ?
    tidak
    hayama Kecut takut kerana benar?
    tidak
    hayama Janji simpan di perut ,Selalu pecah di mulut?
    tidak
    hayama berperangai ikut usman awang?
    tidak

    itu siapa dicermin?
    itu keluraga sanak saudara, kawan dan tolan saya, hayama
    berperangai macam hayama juga kah?
    ia
    tak macam usman awang?
    tak sekali, saya hormati perilaku dah sahsiah mereka

    itu sapa dicermin besar?
    tak kenal, tapi se bangsa saya melayu
    ooh inilah yang berperangai macam usman awang kata tu lah
    ia saya hayama percaya sebegitu kerana usman awang kata
    cuba namakan 10 orang yang berperangai macam usman awang kata
    ya boleh, anu bin anu, B, C, D , E, F , G, H ,x dan Y

    sapa tu dicermin kecil?
    tu anak saya, alif bin hayama
    perangai dia macam usman awang ke?
    ooh tak, dia maseh kecik
    ooh bila besar jadi macam b jugak le, atau jadi macam bapak dia
    jangan takut bila besar, pandai lah dia
    kesian dia, terencat perkembangan nya dibandingkan dengan john smith, ah kow dan mutu

    sape tu di cermin lain
    tu cermin bangsa cina tu india, tu mat salleh, tu belanda, tu portugis tu siam tu…
    boleh kenal penyangak penyangak antara mereka
    saya hayama tak pernah campor mereka, saya campor melayu saje
    saya bapak mooke boleh namakan penyangak penyangak mereka
    iye ke, tapi kenapa takde sajak kutok mengutok bangsa?
    sebab mereka sibuk menjajah, meneroka, menanam semangat rendah diri pada yang dijajah

    termasuk usman awang dan saya?
    iye, pada mereka yang belum bebas, atau yang frus menungging
    tapi saya hayama melayu,usman awang melayu, masakan saya prejudis melayu
    kah, kah, kah
    kenapa ketawa?
    pernah dengar sultan yang berkata, nak MERDEKA?apa melayu boleh buat,buat jarum pun tak reti?

    apa perlu saya buat??
    fahamilah apa itu stereotaip, prejudis, chauvinnis, racist,

    tak boleh tegur lah ya
    boleh tapi spesifik, anu bin anu pengecut, polan bin polan penyangak, ah cong penipu, smith tak boleh simpan rahsia, ….bukan secara pukal

  5. Idetrorce says:

    very interesting, but I don’t agree with you
    Idetrorce

  6. […] Lebih malang sekali, sehingga  seorang sasterawan negara usman awang menobatkan ciri-ciri negatif melayu  didalam puisinya. Saya hanya dapat menyatakan betapa kunonya  usman awang, dan betapa saya tidak memaafkannya. Sila lawati  https://inspigoblog.wordpress.com/2007/01/21/maal-hijrah-hari-pembebasan-menyahkan-stereotaip-melayu-…  […]

  7. Yogia says:

    Adakah anda menyatakan bahawa bangsa Melayu satu bangsa yang agung? Hmm jika ya, sejak bila?

  8. inspigoblog says:

    yogia,
    Jawapan itu ada disanubari anda.
    Jika saudara melayu, tidak kira dari suku apa, bugis jawa, senoi, iban, moro,dkk, dka, dll, bangsa saudara mula agung bila saudara yakin, bergerak dibumi ini tanpa prejudis, rendah diri, seolah olah semua menghantui dan memusuhi anda juga tanpa megah dan sombong seolah olah bumi yang dipijak itu bergegar dan lupa, semua maknusia itu bikinan Tuhan yang sebaikbaikknya.

    Jika saudara bukan melayu jawapannya hampir serupa. Walau bagaimana agung bangsa saudara, ia tidak memberi hak kepada sudara punya prujudis terhadap satu bangsa lain. Malahan keagungan sesuatu bangsa terbina dengan tamadun. Kayu ukur ketamadunan sesuatu kaum ialah bagaimana ia melihat dan mentadbir kaum dan kumpulan minoriti dan mereka yang tidak sehaluan. Saudara kaum minoriti dibumi melayu?

    Sila baca the culture of poverty.

Leave a comment